Wednesday, January 1, 2014

AYUH MELAYU!! JANGAN TAKUT MENIAGA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Sejak aku dan isteri mula berniaga dengan membuka Butik Chenta Creative, aku telah beberapa kali menyertai jualan-jualan di luar sama ada di karnival, pesta dan sebagainya. Walaupun kadangkala jualan yang tidak menemui sasaran, ada juga jualan yang amat memberangsangkan.

Semasa menyertai jualan-jualan luar, maka ramailah kenalan-kenalan peniaga yang aku temui dan kenali. Pelbagai tip dan pengalaman dikongsi bersama. Aku rasakan, sebenarnya peniaga-peniaga Melayu ini tidak kurang hebatnya. 

Orang Melayu sebenarnya perlu lebih berani. Berani mencuba meniaga sepertimana kaum lain berniaga. Kita perlu berani memasuki pasaraya-pasaraya walaupun sewanya sememangnya menjangkau ribuan ringgit. 

Dalam 2,3 orang peniaga yang aku kenal, benda yang sama mereka berkata tentang 'jangan takut untuk masuk meniaga di pasaraya'. Kalau ada produk yang hebat, sewalah kedai / kiosk di pasaraya, kerana di sana kuasa membeli pengguna adalah tinggi. Pengguna datang untuk berbelanja. Insha Allah, kalau kena dengan gayanya, memang akan memperoleh untung yang tinggi. 

Kalau gagal sekalipun, bukannya kita akan gagal buat selama-lamanya. Perlu kembali mengenalpasti punca kegagalan. Kalau produk merupakan puncanya, kita boleh mencari produk terbaru untuk dijual. Kalau gagal lagi, terus cuba dan terus mencuba sehingga menemui kejayaan. Sebenarnya kegagalan itu merupakan pengajaran dan ilmu yang paling penting sebelum menemui kejayaan.




Kalau memang tak mampu untuk menyewa kedai / kiosk di pasaraya sekalipun, cubalah meniaga walaupun hanya meniaga nasi lemak pagi-pagi di tepi jalan. Ketahuilah bahawa orang yang meniaga nasi lemak di tepi jalan menerima pendapatan setiap hari berbanding kita yang bekerja makan gaji. 

Namun, sekarang sebenarnya orang kita memang sudah banyak menyedari tentang beruntungnya berniaga. Kini sudah ramai orang Melayu meniaga, tak macam dulu di mana kebanyakkannya orang Cina.

Ayuhlah Melayu, terutama lepasan universiti. Jangan hanya mengharapkan pekerjaan di sektor kerajaan. Sekiranya, memang tiada rezeki dalam bidang pekerjaan, cubalah mulakan perniagaan. Bak kata pepatah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tuah ayam nampak di kaki, tuah kita siapa yang tahu? Yang penting kena sentiasa menuntut ilmu bidang perniagaan. 

Jom... Selamat berniaga.. :)

(PS : bukan bertujuan untuk mengajar, cuma ingin memotivasikan orang Melayu supaya belajar berniaga. Juga, berkongsikan sedikit pengalaman yang tidak seberapa ini)

10 comments:

  1. Sy pun dok tolong2 kwn sy meniaga baju..mmg seronok klu jualan laris..klu nk kata cabaran mmg byk sbb byk saingan..tp tu lah kena pandai tarik hati pelanggan..btl tu..kita kena berani mencuba..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. LEPAS NI AWAK PULAK DAH BOLEH MENIAGA SENDIRI.. :)

      Delete
  2. One of main things yang orang kita takut berniaga adalah modal. Modal and rolling. Kalau kurang benda tu memang susah. Tapi lama kelamaan bila kita dah ada pengalaman, ambil tahu hal akaun, draf turun naik ikut timing setiap tahun, insyaAllah kita okay.

    Nak mulakan perniagaan ada yang susah dan ada yang senang. But to MAINTAIN is more difficult than to close down the business.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ITU NAMANYA CABARAN.. SAYA PUN BARU SETAHUN JAGUNG.. SEMOGA PERNIAGAAN SAYA DAN ISTERI TERUS KEKAL.. SESIAPAPUN TAKUT BISNES TAK JALAN..

      Delete
  3. Oh by the way, selamat tahun baru.

    ReplyDelete
  4. Saya pun baru nak cari semangat untuk berniaga, sejak 2013 dah mula buat produk kraftangan dan harap harap nak mula berniaga pada 2014 ni, Insyallah.

    ReplyDelete
  5. sya gembira dgn perniagaan yg sya jalankan sekrang.. Alhamdulillah..

    dulu sya mmg takut nk berniaga.. tp Alhamdulillah masuk dlm kelompok org2 yg berjaya sya jd berani utk mencuba & syukur hasilnya sgt memberangsangkan.. ;)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.