Wednesday, September 4, 2013

MILO : OLD IS GOLD


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Barang lama memang berharga, begitulah juga dengan tin MILO lama di era 70-an yang baru aku dapat ni. Kondisinya yang berkarat menunjukkan usianya yang lebih 40 tahun iaitu lebih tua daripada usia aku.

Aku dapatkannya di pasar karat di Jonker Street, Melaka. Pada mulanya niat di hati hanya datang untuk melihat-lihat sahaja, namun apabila ternampak tin MILO ini, hati terus terpahat. Terus jatuh cinta. Bak kata orang, dari mata turun ke hati. :)

Aku membelinya dengan harga yang agak tinggi juga. Namun kalau diikutkan dengan harga pasaran semasa, ia sepatutnya lebih tinggi lagi. Boleh Google atau lihat di Mudah[dot]My, berapa harga orang lain jual. Bagi aku, dapat barangan ini dengan harga yang aku beli, memang agak berbaloi. 


MILO Tonic Food Drink

perkataan Star Hunt di dalam ruang berwarna merah

Buatan tangan Malaysia

Berkarat... Old is Gold :)

18 comments:

  1. ok, nak tanya. selalunya kalau dapat barang macam ni, orang tu akan bersihkan atau biar je. kalau bersihkan, macamana dengan nilainya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SECARA PERIBADI, AKU AKAN BIARKAN SAJA KERANA AKU TIADA KEPAKARAN UNTUK MEMBERSIHKANNYA.. BENDA DAH BERKARAT SEPERTI INI, KALAU NAK BERSIHKAN MENGGUNAKAN KERTAS PASIR, IA AKAN TERUS MEROSAKANNY..

      ;KALAU NAK BERSIHKAN JUGA, CUKUPKAN SEKDAR DENGAN MENGGUNAKAN BERUS LEMBUT UNTUK MENGHILANGKAN KOTORAN YANG MELEKAT DI TIN TERSEBUT..

      Delete
  2. wow!!!!!! lama tuuu..... skrg dah takde tin milo ni... memang berharga bg pengumpul barangan milo... minum milo anda jadi sihat dan kuat! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. BARANG-BARANG MACAM NI BANYAK DI TANGAN COLLECTOR MAHUPUN MASIH TERSIMPAN DI DAPUR-DAPUR RUMAH LAMA YANG ORANG TAK TAHU KEUNIKANNYA..

      Delete
  3. Yang ni pasti menjadi top-of-the-list, paling disayangi ye tak? Kalau dapat barang lama dengan harga yang berbaloi atau lebih murah dari pasaran memang best. Syabas... Tapi dari tin tu, tak sangka pula borang penyertaan hanya boleh dapat daripada dalam tin. Maknanya dulu hanya orang yang beli Milo saja yang boleh masuk peraduan tu. Agak-agak apalah hadiahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEHE.. DULU PERNAH DAPAT SEKALI YANG TIN KECIK.. TAPI SAYA JUAL.. YANG NI TAK JUAL.. KALAU ADA 'LEBIH BARU JUAL.. :)

      Delete
  4. berkarat+ da kan...memang old la ..

    ReplyDelete
  5. eh, tak boleh ke tin yang sudah karat itu melalui proses un-karat?

    ReplyDelete
  6. wah.. dah kalo peminat tegar tu semua pun bernilai kan..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.