Monday, September 2, 2013

MILO DARI MANCHESTER


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Alkisahnya anak buah aku Muhammad Nizarruddin Jazi baru pulang dari Manchester United Soccer School yang menerima ganjaran selepas terpilih sebagai 'Ramli' di dalam program Mencari Ramli musim ke-2.

Semasa dia di sana, sempat juga aku memesan pada dia supaya membelikan MILO keluaran United Kingdom. Harapan aku tidaklah setinggi gunung, tetapi harapan aku dimakbulkan apabila dia benar-benar pulang dan membawa buah tangan MILO dari sana untuk aku. Memang gembira tidak terhingga, macam dapat bini baru.. :)

MILO 400 gram dengan harga 4 Pound

Masih ada isi di dalamnya.. Tak pasti mahu minum atau simpan sahaja. Tapi memang ada logo halal.

Penutupnya ada logo Nestle

12 comments:

  1. saya tak segan, makanya saya nak komen juga. haha. salam kenal.

    cakap pasal milo ni kan, dulu masa duduk asrama, ambil milo campur dengan susu tepung, gaul, makan macam tu aje. tak pun saja je bagi milo tu keras sendiri. pastu makan macam jajan.

    ReplyDelete
  2. ini kira barang rare jugak ni...

    ReplyDelete
  3. syabas bro! syabas! koleksi milo ke arah global!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ.. TQ.. LEPAS NI NAK CARI MILO ZIMBABWE PULAK.. :)

      Delete
  4. agak+ ada beza tak rasanya dengan milo Malaysia?

    ReplyDelete
  5. Mesti sayang nak bukak kan. Mana tau Milo manchester lagi sedap ☺☺

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.