Monday, September 10, 2012

APA ADA DENGAN HARI MALAYSIA???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

1963 - 2012

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Malaysia yang ke-49. Sambutan ini diadakan untuk mengenang kembali pembentukan Persekutaun Malaysia yang telah dibuat pada 16 September 1963.

Berikut sedikit maklumat mengenai Hari Malaysia :

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

SUMBER : Jabatan Penerangan Malaysia

Marilah kita sama-sama menyambut Hari Malaysia ini dengan jiwa yang patriotik. Sama-samalah kita menjaga keharmonian antara kaum yang sedia terbina. Selain itu, marilah kita kekalkan Malaysia ini sebagai tanah tumpahnya darah kita, jangan biarkan ia dijajah sekali lagi oleh pihak asing.

Semoga Allah terus pelihara Malaysia. Insyaallah.

8 comments:

  1. alhamdulillah...boleh sambung (cuti ganti) hari Isnin depan. Selamat Hari Malaysia.

    ReplyDelete
  2. sama2 lah kita menjadi keharmonian yang telah terjalin lama itu...

    p/s : ada juga terdengar cerita yang sabah dan sarawak ingin menubuhkan negara sendiri

    ReplyDelete
  3. BONI : ITU ADA PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB YANG CANANG..

    ReplyDelete
  4. 16 September bersamaan Hari Malaysia juga bersamaan dengan hari pernikahan saya..insyaAllah..doakan kami encik fairus..nanti sy jemput encik masa kenduri akhir tahun k..:-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAHNIAH...INSYAALLAH.. ADIK SAYA PUN AKAN BERNIKAH HUJUNG TAHUN NI.. :)

      Delete
  5. semoga negara kita terus aman dan damai... :)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.