Thursday, July 12, 2012

HAIYAAA... MILO PUNYA CAWAN KOPITIAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada malam semalam saya telah pergi ke rumah seorang kakitangan saya. Erm.. kiranya kawan-kawan jugalah. Saya pergi ke rumah dia kerana dia ada mengatakan dia ada cawan kopitiam Milo. Saya pun apa lagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya pergilah ke rumah dia.

Datang rumah dia, apa lagi, bukan cawan kopitiam Milo yang di tunjukkan dulu. Dia tunjukkan beberapa koleksi peribadi dia. Rupa-rupanya dia ni seorang pengumpul juga. Barang dia pula lagi dahsyat..., bukan murah-murah, mahal-mahal lagi. Daripada koleksi seluar Levi's tahun 80-an hinggalah baju-baju yang berusia puluhan tahun dahulu yang diperbuat dari Amerika yang harganya menjangkau ribuan ringgit, serta koleksi produk rokok Camel.

Selepas menunjukan koleksinya, barulah dia mengeluarkan 3 buah cawan kopitiam Milo. Erm.. Cawan jenis ini memang saya biasa terpandang di dalam internet. Orang yang menjualnya pun mahal-mahal harga diletakknya. Syukurlah saya dapat membelinya dengan harga yang berpatutan.

Apa yang menariknya cawan kopitiam Milo ini ialah bukan sahaja terdapat logo Milo malahan disebelahnya juga terdapat logo Nescafe. Erm.. memang padanlah tu, Milo dan Nescafe memang adik beradik yang emaknya bernama Nestle.

Cakap banyak tak guna, tikam tak kena, layan sajalah gambar cawan kopitiam Milo ini. sayang sekali hanya ada cawannya sahaja, piringnya tiada. Erm.. terpaksalah memburu piringnya pula nanti.

Cawan Milo tiga serangkai

Nampak tu.., siap ada nama Nescafe disebelahnya

25 comments:

  1. syabas! sangat menarik! yehaaa!

    ReplyDelete
  2. pergh.. skrg layan milo saje.. tp memng terbaik bila dpt 2 in 1.. milo n nescafe.. terbaik!!

    ReplyDelete
  3. saya suka hobi kamu ..., kalau sy ada benda yg menarik ttg MILO , akan sy ingat kamu Fairus.

    ReplyDelete
  4. wah.. ni koleksi antik ni.. da lama tak jumpa koleksi cawan milo yang ni

    ReplyDelete
  5. bertmabah koleksi.. sungguh comel ini cawan.. :)

    ReplyDelete
  6. ermmm ada piringnya yg ada logo milo gak ke?? hehehe...

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum ...

    Wawawahh .. Fanatik si pengumpul ni .. Tapi, sanggup ke berhabis demi minat tu? Thehehee

    ReplyDelete
  8. syabas bro.Cawan ni memang mahal dan sentiasa jadi rebutan.Saya pun belum ada lagi.Dulu ada jual murah,terlepas sekali.Kalau cukup setengah dozen full set alangkah bagusnya.

    ReplyDelete
  9. LYA

    IARYYLR

    EDILELLY

    PCL

    BONI

    FIZA

    QUEEN

    CMA

    ADIALUZE

    NIKTHS

    TERIMA KASIH KERNA SUDI MENGOMEN.. :)

    ReplyDelete
  10. NUR LAVENDER : MEMANG SANGATLAH RARE..

    ReplyDelete
  11. Kalu tak silap cawan ni sebelah muka milo sebelah lagi nescafe dan datang dengan pring. Saya ada piring tapi tak lengkap cawan. Boleh kita bertukar kot? Apa pun set ni agak lama juga 1990s - roslan_adam@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANON : MEMANG ADA PIRINGNYA, TAPI SAYA TAKDE PIRINGNYA.. RASANYA CAWAN NI ERA 70 - 80-AN

      Delete
    2. Tuan Fairus, Tolong hubungi saya: roslan_adam@yahoo.com

      Delete
  12. Tolong check, cawan tu jenis retak seribu ke? Piring yang ada kat saya retak seribu dan saya tercari-cari cawannya. Mungkin edisi lewat 60an atau awal 70an dan bukan 80an, sebab masih pakai logo lama milo

    ReplyDelete
  13. Bukan kesan retak, tapi corak retak seribu, saya baru saja check gambar besar cawan yang tuan ada tu, memang retak seribu juga. Sah, cawan kat tuan piring kat saya, bila cawan dan piring boleh bertemu semula? ada tiga tu, jomlah ejas swap dengan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MEMANG CANTIK KALAU PASANGANNYA BERTEMU.. TAPI SAYA DAPAT CAWAN NI MAHAL TU...

      Delete
    2. Tolonglah contact email saya pasal cawan tu, saya mungkin ada yang sesuai untuk tawaran swap. Terbaru cawan/piring 1970/80an teh cap singa ada 2 dozen. roslan_adam@yahoo.com atau 019-5720572

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.