Sunday, July 29, 2012

KE SEKOLAH DENGAN MILO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Memang tidak dinafikan, sejak bertahun lamanya minuman Milo telah terpahat dalam hati masyarakat Malaysia. Sekiranya di Barat atau negara lain, pastinya ada pelbagai jenama untuk minuman koko tetapi minuman koko di Malaysia ialah MILO. Ada ke kita dengan orang kita meminta minuman koko panas atau koko ais? Tidak, mereka akan katakan Milo panas, suam, ais atau tarik. Begitulah hebatnya penangan Milo di Malaysia.

Begitu juga dengan sukan. Milo dengan sukan tidak dapat dipisahkan. Ada sukan, adalah Milo. Syarikat Milo pula memang strategi mereka menunjukkan Milo ini boleh menyebabkan seseorang akan cergas dan kuat sepertimana slogannya sejak dulu lagi iaitu Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuat.

Bagi untuk kanak-kanak sekolah tentu sekali akan menyukai barangan percuma dari Milo berupa peralatan sekolah seperti beg sekolah, kotak pensil, pemadam, pensil, pembaris dan lain-lainnya. Kalau boleh, semuanya mahu dari jenama Milo.

Dalam bercerita tentang peralatan sekolah ini, saya baru sahaja membeli beberapa barang Milo yang berkait rapat dengan peralatan sekolah dan juga barangan yang penuh nolstalgia bagi sesiapa yang pernah satu ketika dahulu menggunakan perlatan Milo ini. Apa kata, layan gambar koleksi saya di bawah ini. :)
Bekas alat tulis Milo.. Masih belum dibuat kajian tahunnya, mungkin dalam 80 ke 90-an

Ini pun samalah. Mungkin dari tahun 80 ke 90-an

Siapa pernah ada pembaris Milo ini? Angkat tangan....

Pensil Milo masih dalam keadaan baik

Ini beg sandang Milo sempena Le Tour De Langkawi 2001. UUii.. Dah 11 Tahun usianya ni.

9 comments:

  1. Milo 10 thn dulu ada beza ke dari segi rasanya Farus?

    ReplyDelete
  2. Bro, yang penting bulan puasa jangan ada yang korek milo kat dapur, keh keh keh!, kalau pesil box milo lion tu keluaran awal 90an

    ReplyDelete
  3. dulu dapat freegift milo konfem suka hati :

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAPI SAYANG.. DULU TAK INGAT NAK KUMPUL.. BARU SEKARANG DUK CARI SEMULA..

      Delete
  4. ye tak ye.. milo dulu sama tak rasanya macam milo sekarang ye?? dah lupa dah macam mana rasanya milo yang dulu..

    ReplyDelete
  5. bila tgk koleksi ni, teringat masa kecik2 dulu, penah guna pencil box yg ada lion tu...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.