Monday, September 26, 2011

SIRI JEJAK WARISAN NEGERI MELAKA : MEGALIT DATUK TUA





Megalit Datuk Tua



Terdapat lebih 100 kawasan megalit di daerah Alor Gajah dan Tampin dan saiz setiap batu-batu teresebut tidak seragam. Batu megalit banyak terletak di kawasan tanah perkuburan Islam dan ditanam berpasang-pasang seperti batu nisan. Batu megalith Datuk Tua dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai batu hidup dan mempercayai ianya kubur nenek moyang mereka. Batu megalit dikatakan hidup kerana dipercayai ianya membesar dari setahun ke setahun dan bersinar bila disuluh waktu makam.

(Ps : Perihal batu megalit dikatakan hidup dan membesar masih boleh dipersoalkan. Ini adalah kerana, mengikut kajian ahli sejarah, batu itu dikatakan membesar akibat daripada hakisan tanah yang berlaku pada pangkal batu tersebut menyebabkan bahagian-bahagian bawahnya terdedah dan dikatakan ia membesar dan hidup)

2 comments:

  1. megalit tu maksudnyer ape??knp panggil megalit??awk bgs jadi pengkaji sejarah.. :)

    ReplyDelete
  2. DEELA : MEGALIT ATAU MEGALITIK ADALAH SATU KEBUDAYAAN ORANG ZAMAN DAHULU. BUKAN SAJA DI MALAYSIA, MALAHAN BANYAK NEGARA JUGA MEMPUNYAI KEBUDAYAAN SEPERTI INI. MEGALIT NI BERASAL DARI PERKATAAN GREEK MEGA (BESAR) DAN LITHOS (BATU). JADINYA IA ADALAH BATU BESAR. UNTUK KEGUNAAN PEMUJAAN DAN JUGA TEMPAT BERKUMPUL UNTUK BERIADAH..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.