Monday, July 11, 2011

BERSIHKAH MAKANAN YANG KITA MAKAN DI RESTORAN?

Zaman sekarang semua orang nak mudah. Itu ini semua nak mudah, begitu juga dengan hal makan. Sekarang tak perlu memasak di rumah, pergi saja ke restoran-restoran berhampiran dan pesan saja apa makanan yang dikehendaki.

Namun apa yang diragukan sama ada restoran yang kita pergi itu bersih atau tidak? Kalau benar di kawasan meja makannya bersih dan indah, bagaimana pula dengan dapurnya? Kakitangan pula bagaimana? Bukan setakat kebersihan saja, moral kakitangan dapur juga perlu diambil berat.

Baru-baru ini kita diperlihatkan tentang moral dan tahap kebersihan makanan yang ditunjukan di You Tube tentang satu restoran makanan segera yang popular. Memang tidak dinafikan bahawa restoran ini memang bersih dari segi zahirnya, namun dari segi batin segelintir kakitangannya amatlah busuk dan menjijikan.

Pemantauan berterusan oleh pengurus adalah perlu bagi memastikan perkara ini tidak berulang. Pastikan kakitangan yang diambil bekerja mempunyai moral yang tinggi. Kakitangan ini pula perlu diberi kursus sahsiah diri dan moral dalam penyediaan makanan bagi memastikan setiap hidangan yang dimasak, adalah bersih dari segi zahir dan batinnya.

Dilampirkan dua video yang jijik ini untuk tatapan bersama. Tepuk dada tanyalah selera.








12 comments:

  1. yg keyhepsi tu tak lalu dah rasa nak pergi keyhepsi O_o

    ReplyDelete
  2. mmg pengotor!!!! bile nak g mkn kat kfc teringatt terbantuttt hajat nak mkn

    ReplyDelete
  3. IEDA & FADHEELA : MASAK SENDIRILAH AYAM GORENG KAT UMAH.. LAGI BEST...

    ReplyDelete
  4. KFC mmg.Minyak yg goreng seminggu skali tukar...tak caya gi check!

    ReplyDelete
  5. AIRANIEZ : YE KE..? MANA TAU NI...

    ReplyDelete
  6. video yang pertama aku dah tengok tak blog lain..video yang ke 2 tu aku baru tengok...lagi pengotor yang kedua tu...aku rasa budak2 yang sama la...memang %^&** la budak2 ni...

    yang aniez cakap tu aku rasa macam pernah dengar la bro....dari member aku rasanya..lama dah..tapi tak sure la betul ker tidak...eeee...what the fish lerr

    ReplyDelete
  7. sayang...J Corp kne lakukan sesuatu untuk membersihkan outlet..KFC adalah milik bumiputra..J Corp dah beli jenamanya..jika tak lakukan sesuatu, punah ekonomi bumiputra

    ReplyDelete
  8. AMRY : BETULLAH CAKAP KO, WHAT THE FISH.. TAPI AKU MAU TUKAR, WHAT THE CHICKEN...


    SAHROM : BETUL TU SAHROM...

    ReplyDelete
  9. letak je cctv dekat dapur tu..untung dah byk..kurang ajar bdk2 ni..

    ReplyDelete
  10. FAIZ : CADANGAN KO AMAT BERNAS SEKALI...

    ReplyDelete
  11. Boleh percaya ke dgn video ni Fairus?
    Jangan-jangan depa berlakon je kot.
    Kalaulah betul,huissyy....tak lalu dah nak p KFC selepas. Apa pun kan...masak sendiri lebih terjamin kebersihannya.

    ReplyDelete
  12. CIKGU : WALLAHUAKLAM... TAPI TENGOK CAM BETUL JE...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.