Friday, May 30, 2014

SIBUK TAPI PUAS


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Dari awal bulan April hingga ke hari ini, tugasan di pejabat memang teramat sibuk. Kerja yang benar-benar kerja sehingga merasakan tidak cukup masa untuk menyiapkan kerja. Terpaksa datang bertugas walaupun pada hujung minggu.

Urusan kerja yang sibuk ini akan berterusan sehingga ke bulan Jun ini. Selepas itu, aku merasakan akan dapat bernafas seperti biasa.

Kerja seperti pengurus acara. Pelbagai program perlu dilaksanakan. Dari satu ke satu. Dari kos hanya beribu hingga ke berpuluh ribu. Kadangkala stress. Selagi program belum dilaksanakan, selagi itu perasan risau hadir. Bos pula jenis yang mahukan kesempurnaan yang tertinggi. Silap sedikit memang kena hambur.



Namun, aku puas. Puas dengan hasil kerja keras sendiri bersama teman-teman lain. Salah silap boleh diperbaiki. Kena marah, biasalah, bos memang dah perangainya suka marah. 

Ok.. Itu saja luahan.. Jemput like page ni  >> KLIK <<

Saturday, May 17, 2014

MAKAN BERSUAP


Makan, makan, makan,
nafsu makan meluap-luap,
makan, makan makan bersuap,
menyuap mulut si pelahap,
habis sesuap mohon lagi disuap,
makan, makan, makan,
ikan bilis, ikan jerung habis disantap,
berbilas oren bukannya sirap,
darah daging menjadi kurap.

Makan, makan, makan,
nafsu makan meluap-luap,
tubuh keding menjadi tegap,
halal haram jadi penyedap, 
anak, bini juga santap.

Makan, makan, makan,
nafsu makan meluap-luap,
esok lusa jangan tersentap,
menyepi diri dalam lokap.

F. B. Mamat
17 Mei 2014
Bukit Katil, Melaka

Thursday, May 15, 2014

BLOG BARU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Sudah lama rasanya tak mengemaskini blog. Memang sekarang agak sibuk dengan tugasan harian di pejabat. Maaf kepada rakan-rakan bloggers yang biasa bertandang ke blog aku ni, tak dapat aku nak blogwalking dalam beberapa minggu ni.

Namun dalam kesibukan, sempat juga aku siapkan sebuah lagi blog untuk tujuan promosi dan pemasaran business yang baru aku ceburi. 

Memang amat menarik sekali business ini. Jom.. Jemput bertandang ke blog baru aku. >> KLIK <<