Tuesday, June 4, 2013

PELEKAT MILO OLIMPIK ATHENS 2004


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Hobi mengumpul barangan Milo ni memang sudah 'berhantu' bagi diri aku. Aku tak tahu sampai bila aku mahu mengumpul. Tapi yang benarnya memang aku tengah syok mengumpul barang-barang Milo ni.

Baru-baru ni, aku ada membeli 3 helai pelekat Milo sempena Sukan Olimpik Athens pada tahun 2004. Setiap helai ada 6 pelekat bergambar ahli-ahli sukan. Ada sukan renang, badminton, olahraga, bola sepak dan sebagainya.

Aku beli ni pun bukannya untuk dilekat di mana-mana, cuba mahu disimpan sahaja. Tak tahulah sampai bila akan kusimpan baranagan Milo semua ni.

Ok.. Dah jom layan saya gambar pelekat Milo Olimpik Athens 2004 yang telah aku nyatakan tadi.

Dapat 3 helai. Tak tahulah sama ada koleksi ini sudah lengkap atau belum

Macam-macam gambar ada...

Gambar kanan paling bawah, pasukan hoki Malaysia.. Malaysia Boleh!! 

Lain-lain sukan...

Sunday, June 2, 2013

MUHAMMAD NIZARRUDDIN | MELAKA | 13 TAHUN | MENCARI RAMLI 2


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.




Sebagai bapa saudara yang melihat anak buah yang membesar di depan mata, aku berasa benar-benar bangga dengan pencapaian beliau.

Kesungguhan dia untuk menjadi pemain bola memang jelas terpampang. Tanpa disuruh, dia rajin mencari 'fitness' sendiri. Kalau di musim cuti atau hari Sabtu dan Ahad, dia rajin berjoging pagi dan petang.

Kalau dulu badannya kecil sahaja. Kini nampak sudah tegap dan tinggi sedikit. Tapi kalau dilihat dari 30 orang peserta Mencari Ramli II kali ini, badannya antara yang terkecil. Faktor bentuk badanlah yang menyebabkan dulu dia tidak terpilih dalam Soccerkids dan pelbagai rancangan realiti bola sepak. Tapi kini, impiannya sudah menjadi kenyataan.

Aku juga rajin 'melayan'  semasa dia ada perlawanan bola sepak tak kiralah semasa perlawanan antara sekolah, kelab dan sebagainya. Bukan aku sahaja, boleh dikatakan ramai kaum keluarga dan segala kerabat memberi sokongan.

Harapnya dia dapat bertahan lama di program Mencari Ramli II. Semoga berjaya...

Ps : Ini pingat Milo kepunyaan dia yang aku simpan : KLIK dan KLIK