Friday, November 16, 2012

TAHUN BARU GAZA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Gaza diserang lagi!!! Begitulah "headline" pada awal Muharam 1434 yang diterima pada saudara kita di Palestin. Di kala umat Islam seluruh dunia menyambut kedatangan tahun baru dengan gembira, bercuti bersama keluarga atau berehat saja di rumah, tetapi bukan di Gaza. Mereka dalam ketakutan akibat menerima serangan dari Israel.
 
Ya, memang bukan sekali Gaza diserang, sudah banyak kali, namun serangan ini merupakan serangan yang terancang dan maha hebat dengan menggugurkan banyak nyawa sama ada pemimpin mahupun rakyat jelata.
 
Dari jauh, hanya doa dapat kuiringkan kepada semua saudara-saudara di Gaza, semoga mala petaka yang menimpa mereka sekarang ditukarkan kepada sesuatu yang lebih baik bagi mereka. Amin.
 
Teringat kembali puisi yang saya tulis pada tahun 2009 berkenaan Gaza. Masa itu, Gaza juga diserang.
 
IMPIAN GAZA ... PALESTIN
 
Terpekik Terlolong Pinta Perhatian
Tiada Siapa Jiran Peduli
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga

Anak Bangsa Seagamaku Berlumuran Darah
Darah Mengalir Membasahi Bumi
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga

Peluru Menghujani Tubuh Yang Tak Berdosa
Bom Bom Meledak Bangunan
Sekolah, Masjid, Hospital Menjadi Lapang Sasar
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga

Apa Yang Ku Ada
Tiada Senjata, Tiada Perisai
Hanya Ketulan Batuan Menjadi Senjata
Hanya Sekujur Tubuh Menjadi Perisai
Dengan Kalimah Allahuakbar Kulempar Batuan Menjadi Peluru
Dengan kalimah Allahuakbar Kutahan Tubuh Menjadi Perisai Syahid

Impianku Allah Menghulur Bantuan
Seperti Ababil Menghapus Latnatullah

F.B. Mamat
9 Februari 2009 (2.55 Petang)
Bandar Hilir, Melaka


LIHAT JUGA >>> Impian Gaza ... Palestin

SALAM MAAL HIJRAH 1434

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
 
Mungkin entri ini agak terlewat kerana saya pulang ke rumah emak, di rumah emak tiada talian internet, oleh itu saya tidak dapat untuk membuat entri ucapan Maal Hijrah lebih awal.
 
Namun begitu, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1434 kepada semua yang mengenali diri ini terutama kepada pembaca tegar blog ini.
 
Saya mengharapkan agar pada tahun baru ini kita sama-sama dapat meningkatkan amal ibadah kepada Allah SWT.
 
Kepada rakan-rakan penulis blog, marilah kita saling ingat-mengingati dan berkongsi akan perkara yang membawa kepada kebaikan di dunia dan di akhirat.
 
Entri Tambahan :
 
:: Kata-kata FairusMamat ::
 
 

Tuesday, November 13, 2012

BERMAIN DI CELAH DAPUR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Kadang kala saya sendiri pening memikir tentang apa sebenarnya hobi utama saya. Saya suka menulis blog, mengumpul barangan Milo dan lain-lain barangan, dan kini saya mula berminat untuk melukis.
 
Ya, melukis.. Kenapa, tidak percaya ke? Hehe, saya bukanlah pelukis yang mahir, baru saja nak belajar. Saya belajar melalui lukisan-lukisan yang terdapat di Galeri Seni Rakyat dan Balai Seni Lukis Melaka dan juga belajar melalui video di You Tube.
 
Tak mahulah celoteh banyak sangat, layan sajalah aksi-aksi saya di celah dapur semasa menyiapkan sebuah lukisan. :)
 
Proses membuat latar belakang (back ground)

Teknik renjis-renjis bak merenjis air bunga mawar

Tatkala menanti ilham

Pandangan belakang, hampir siap dah ni.. :)

Inilah hasilnya. Lukisan abstrak.
 
Minta pandangan pada semua pembaca blog ini. Komen dengan ikhlas tentang lukisan ini. Kalau kata tak cantik pun tidak mengapa.