Tuesday, July 31, 2012

MENGUMPUL CAWAN KERTAS EPISOD 4


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terasa amat lama juga saya tidak paparkan entri mengenai mengumpul cawan kertas. Nak dikatakan sibuk, tidaklah juga. Koleksi terbaru ini sebenarnya sudah berminggu-minggu dalam simpanan, namun baru sekarang ini baru sempat nak dipaparkan.

Macam biasalah, cawan-cawan kertas ini saya dapat di pasaraya-pasaraya di sekitar Melaka. Manakala cawan kertas Mc Donalds tu saya dapat di restorannya. Begitu juga dengan cawan kertas Adabi, saya dapat semasa di tempat saya ada membuat Pesta Masakan Warisan Melaka, di situ pihak Adabi juga membuat promosi, jadi, dapatlah saya barang 3,4 biji cawan kertasnya untuk buat kenang-kenangan dan terus dijadikan koleksi.

Apa lagi, layan saya gambar koleksi cawan kertas saya yang terbaru ini.. :)

Lihat juga INI, INI dan INI untuk melihat koleksi cawan kertas yang lepas-lepas.

Ada 4 buah cawan Adabi dan 2 buah cawan Mc Donalds

Ada juga sebuah cawan Revive

Turut ada 2 buah cawan Fanta dan sebuah cawan kopi Apache 

Monday, July 30, 2012

TIN MILO BARU BERWAJAH 1950-AN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini memang ada berniat untuk memburu koleksi Milo di sebuah pasaraya di pinggir bandaraya Melaka, setelah mendapat info dari rakan seperjuangan. Namun, benda yang dimaklumkan tiada dalam pasaran, sebaliknya sesuatu yang amat menarik dan tidak dijangka telah saya jumpai iaitu tin Milo baru tetapi berwajah 1950-an.

Tin Milo tersebut ialah tin Milo 1.7 kilogram dan didapati ada 3 corak yang berlainan yang juga corak-corak lama. Hasrat di hati untuk membeli ketiga-tiga corak, tapi fikir sekarang nak "save budget" untuk Hari Raya, jadi saya ambillah sebuah sahaja dulu. Harap-harap nanti dapat beli lagi.

Jom layan sama-sama tin Milo baru versi 1950-an ini.

Tin ini sebenarnya untuk 1.5 kg tetapi ada percuma 200 gram

Terserlah corak lamanya

Siap ada cap "limited edition"

1950-an tetapi berwajah baru

Gambar orang sedang memikul seekor lembu

Sunday, July 29, 2012

LABAH-LABAH MENJELMA MENJADI ORANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ops... Jangan gelabah dan terlalu teruja untuk melihat labah-labah menjelma menjadi orang. Sebenarnya saya mahu berkongsi sedikit dengan koleksi terbaru yang saya perolehi di restoran Kentucky Fried Chickhen (KFC) iaitu figura Spiderman.

Sekiranya dulu saya ada menunjukan figura Upin dan Ipin yang juga saya perolehi di restoran KFC, kini giliran Spiderman pula yang saya rembat. Kalau dulu, hendak beli figura Upin dan Ipin kena menunggu tarikh-tarikh tertentu baru ia dijual, namun untuk figura Spiderman ini, ia tidak perlu. Kita boleh beli terus keempat-empat figura yang ditawarkan.

Jom apa kata layan gambar figura Spiderman ini. Jadi, siapa yang masih belum tahu tu, apa lagi, pergi ke KFC sekarang...

Aksi bergayut

Aksi mengeluarkan sarang labah-labah

Aksi melawan musuh

Aksi memanjat dinding