Thursday, December 30, 2010

AKU NAK BAGI 2 BAUCER HOTEL PERCUMA


Nampak tak baucer di atas. Aku nak bagi percuma kepada sesiapa yang berminat untuk melancong ke Melaka. Baucer ini adalah dari hotel yang terkemuka di Melaka. Jadinya, sebagai orang Melaka, aku rasa aku tak perlukan ini. Aku mahu bagi kat korang yang berminat. Dari aku tak guna, lebih baik bagi kat korang. Ada 2 tiket, jadi aku mahu 2 orang yang dapat membuat slogan yang paling kreatif di bawah ini, akan aku beri baucer ini.





Korang boleh baca dengan jelas term and condition di gambar dengan klik untuk paparan yang lebih besar. Slogan yang perlu dibuat ialah :

Saya mahu melancong ke Melaka kerana ..... (berapa patah perkataan pun takpe) --> hanya perlu buat komen pada entry ini.

Syarat lain --> hanya perlu jadi follower aku.

Aku akan pilih 2 orang yang layak dan terus akan mengepos baucer ini kepada para pemenang.

ESOK (31 DISEMBER 2010) CUTI UMUM

Esok cuti umum? Kenapa, tak percaya? Cuti umum ini dibuat oleh YAB Perdana Menteri kita semperna kejayaan Malaysia merangkul piala Suzuki AFF malam tadi. Berikut kenyataan pendek akhbar.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki di Jakarta, malam tadi. — Bernama





WE ARE THE CHAMPIONS


Tahniah Malaysia... Aku bangga jadi anak Malaysia. Malaysia tanah tumpah airku.

Syabas diucapkan kepada semua pemain Malaysia yang telah berhempas pulas bermain dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan piala Suzuki AFF akhirnya milik Malaysia buat pertama kali.

Percaturan Rajagopal yang mengetengahkan barisan pemain-pemain muda adalah amat dikagumi. Mereka dilihat lebih bertenaga, pantas dan mantap. Tidak rugi rasanya apabila menghantar mereka mengikuti liga bola sepak di Slovakia dan terbukti mereka banyak belajar. Apalah sangat harga bagi menghantar mereka ke luar negeri sedangkan mereka berjaya mengharumkan nama negara ke segenap ASIAN malahan juga dunia dan yang penting kita semua rasa bangga ke atas kemenangan ini.





Disamping itu, kemenangan ini juga dilihat sebagai pemangkin kepada semangat cintakan negara. Kita puas di provokasi, dihina dan kotak-katikan oleh penyokong Indonesia, namun kita tetap berdiri teguh, menyokong dan sama-sama menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi.

Akhir kalam, besarlah harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat prestasi seperti ini dapat dikekalkan dan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa. Kita tidak boleh berundur lagi, ayuh terus ke hadapan wahai wira Malaysia.