Monday, January 6, 2025

Dari Negeri di Bawah Bayu ke Bumi Melaka

Alhamdulillah.. Terima kasih kepada blogger Amie's Little Kitchen kerana memilih aku sebagai pemenang peraduan Meneka Berat Buah Mangga Udang yang dianjurkanya baru-baru ni. Tidak sangka dan percaya pula, aku merupakan antara pemenangnya.

Hari ini, setelah pulang dari pejabat, bungkusan yang dikirim telah selamat tiba di rumah. Banyak juga hadiahnya. Ada T-shirt Sabah yang memang padan dengan saiz aku, coklat berperisa durian dan dua pasang butang baju Melayu.


Terima kasih kepada blogger Amie's Little Kitchen atas pemberian hadiah ini. Ianya amat dihargai. 

Buah Kelapa Pandan Rosak Binasa

Lain macam tajuknya, siap rosak binasa lagi. Nak dijadikan cerita, semalam aku berhajat nak minum air kelapa pandan yang ditanam di belakang rumah. Aku nampak 2 biji sudah agak besar, dah boleh dikorbankan untuk menghilangkan dahaga.

Baca juga :

Aku ambil parang dan jug plastik lalu pergi ke belakang rumah. Dengan harapan setinggi gunung aku memetik sebiji buah kelapa lantas dibelah. Aik, kosong! Mana airnya? Aku petik sebiji lagi, belah dan sama. Tiada air. Tiada isi. Sebelum-sebelum ini elok saja buahnya. 

Tiada rezeki nak minum air kelapa muda

Aku ambil keputusan untuk petik semua buah kelapa pandan di atas pokok yang berbaki empat biji. Dibelah, tetap kosong. Tiada air dan isi. Aduh! Kenapa ni?

Macam biasa, aku pun Google untuk mencari jawapan terhadap permasalahan ni. Ok, dapat. Antara punca berlaku begini kerana pokok kelapa terendam dengan air dalam satu masa tertentu. 

Aku fikir, inilah sebabnya berlaku pada pokok kelapa pandan aku kerana di belakang rumah akan digelinangi air sekiranya hujan lebat yang lama. Ini berpunca dari sistem parit dalam halaman yang telah aku renovated disamping salur air hujan (gutter) yang dahulunya ada, tapi telah dibuka oleh kontraktor tanpa memasang kembali.

Rasanya, elok dipasang kembali salur tu bagi mengelakkan air bertakung di belakang rumah sekaligus memastikan pokok-pokok buah yang ditanam di belakang rumah tidak musnah atau rosak.

Saturday, January 4, 2025

Musim Durian Kena Beli Durian

Sudah 2 hari anak keempat aku, Muhammad Firman meminta untuk membeli durian. Permintaan pertama aku abaikan, tapi kalau sudah dua kali pasti dia memang nak sangat makan durian. Antara ahli keluarga aku, dialah 'hantu durian'.

Jadi semalam, semasa memandu pulang ke rumah aku call rakan aku. Brotherhood aku zaman persekolahan! Seorang peniaga durian. Aku berkawan sejak sekolah menengah lagi. Waktu sekolah dulu, lepas habis sekolah, aku biasa bantu dia meniaga durian.

Baca juga :

Dia bagi lokasi tempat dia meniaga. Pada masa tu, pekerja dia yang meniaga, dia tiada di lokasi. Tapi dia minta aku tunggu sebentar kerana nak jumpa. Iyalah, masing-masing dah besar panjang, ada keluarga, lama tak jumpa. 

Brotherhood aku Along! Banyak kenangan pahit manis bersama.

Sambil menunggu tu, kami sekeluarga makan durian di gerai tu. Makan 3,4 biji durian kahwin. Kemudian bungkus 3 biji durian kampung. Durian kahwin kecil-kecil saja, durian kampung pula yang agak besar sedikit. So far, semua isinya sedap-sedap pelbagai rasa, tiada satupun yang busuk atau rosak, ada manis, lemak dan pahit.

Baca juga :

Balik rumah terus repeat makan lagi. Kini ketujuh-tujuh ahli keluarga aku makan durian. Anak yang bongsu berumur 3 tahun sudah mula makan durian. Bukan main suka lagi dia makan durian. Tapi paling champion anak nombor 4, Muhammad Firman, lebihan 3 ulas durian semalam yang disimpan dalam peti sejuk, dialah yang habiskan, buat sarapan pagi. Haha.