Wednesday, June 23, 2021
Tuesday, June 22, 2021
DENGAULER CERITAKU @ MUZIUM MELAKA : PERCAYA ATAU TIDAK, PENGALAMAN KU DI MUZIUM MELAKA
Ada ke yang berminat nak tahu pasal bidang permuziuman, sejarah, warisan dan kebudayaan? Jika ada yang berminat, bolehlah menonton siaran langsung program Dengauler Ceritaku @ Muzium Melaka bertajuk Percaya atau Tidak, Pengalamanku di Muzium Melaka.
Program ini akan diadakan pada hari esok iaitu 23 Jun 2021 (Rabu) pada jam 10.00 pagi. Ia boleh ditonton secara langsung di Facebook rasmi Muzium & Galeri Melaka. Sesiapa yang berminat, boleh kunjungi halaman Facebook ini dan jangan lupa like sekali ye.
Program ini akan mengetengahkan dua orang tokoh Perbadanan Muzium Melaka iaitu Drs. Mohd Nasruddin Rahman dan Encik Nurman Mohd Baroldin. Manakala moderatornya adalah saya, Fairus bin Haji Mamat. ๐๐๐
Ok jangan lupa menonton esok tau... Banyak benda yang tersurat dan tersirat akan dikupas.
Sunday, June 20, 2021
SEGMEN : JOM REFRESH BLOGLIST
Dua tiga kali buka blog, terlihat satu entri berlegar-legar dari kalangan rakan blogger iaitu tentang satu segmen dianjurkan oleh blogger Nieza. Segmen tersebut ialah JOM REFRESH BLOGLIST.
Justeru, saya pun tidak mahu ketinggalan untuk turut menyertai tanda sokongan kepada rakan-rakan blogger. Untung-untung nanti blog picisan saya ini tersenarai dalam bloglist blogger Nieza. ๐
Bagi rakan-rakan blogger yang ingin menyertai, klik saja pada banner di atas bagi mengetahui syarat-syarat penyertaan. Syaratnya pun mudah saja, tak rumit pun. Jadi, marilah sertai beramai-ramai.
Subscribe to:
Posts (Atom)