Monday, November 22, 2010

MALAYSIAN ARMY CLIP VIDEO

Aku sedang membuat kajian tentang penubuhan Muzium Komando yang bakal ditubuhkan di Kem Komando Sungai Udang, Melaka. Jadinya, sedang aku mencari maklumat dalam laman sesawang ATM, aku terjumpa klip video ni. Jadi ingin aku kongsikan bersama.





MENANG DIPUJI KALAH DIKEJI

Apabila menang, para pemain dipuji melambung tak terhingga namun sekiranya kalah pemain dikeji dengan kata-kata yang tidak sanggup didengar telinga.

Begitulah nasib atlit-atlit negara kita yang sedang berjuang dalam Sukan Asia di China. Kita perlulah ambil maklum bahawa adalah adat permainan ada menang dan pasti ada yang kalah. Yang sudah pasti mereka telah bermain bersungguh-sungguh sehingga ke titisan peluh yang terakhir, tapi sekiranya kalah janganlah mereka dikeji, dikutuk dan dihina. Yang boleh dilakukan ialah mengkritik, iaitu membuat kritikan yang membina.





Syabas diucapkan kepada atlit-atlit Malaysia yang sedang bertanding, yang pastinya Malaysia bukan calang-calang tandingannya dalam bidang sukan. Malaysia mempunyai nama dalam bidang sukan dan terbukti dengan terdapatnya pemain-pemain nombor satu dunia dalam sukan-sukan tertentu seperti badminton dan squash.

Saturday, November 20, 2010

PANGGILAN TELEFON DARI SULTAN MELAKA

Sebagaimana semua orang tahu, negeri Melaka merupakan sebuah negeri yang tidak bersultan. Tetapi yang memeningkan kepala aku dalam minggu ini ialah menerima panggilan telefon dari seseorang yang mendakwa dirinya sebagai "Sultan Melaka". Dalam minggu ini sahaja lebih dari 7 kali aku menerima panggilan telefon dari "baginda".





Sebenarnya, orang tersebut dikatakan sebagai "something wrong". Dia telefon aku untuk tinggal "bersemayam" di Muzium Istana Kesultanan Melaka, tempat aku bekerja sekarang. Tak cukup dengan membuat panggilan telefon pejabat, handphone aku juga ditelefonnya. Siapalah yang memberikan nombor telefon aku padanya.

Dia minta aku bagi kebenaran untuk tinggal di dalam Muzium Istana Kesultanan Melaka. Aku yang tahu dirinya sebagai "something wrong", aku pun melayan sajalah. Aku beritahu padanya Muzium Istana Kesultanan Melaka tidak boleh tinggal kerana banyak patung-patung. Lepas itu dia suruh aku cari istana lain untuk dirinya. Aduhai... Macam-macam. Dia siap bahasa dirinya sebagai "beta". Nasib baik aku tak bahasakan diri aku sebagai "patik".

Baru lepas tadi "baginda" telefon lagi. Puas aku melayannya. Sudahlah, malas nak cerita pasal "sultan" ni lagi.