Kakak saya minta adik beradik datang ambil buah mangga di rumah kerana jirannya menebang pokok mangga di hadapan rumah. Banyak buahnya. Saya pada awalnya memang tak berhasrat untuk mengambil, tetapi akak ipar yang pergi ambil di rumah kakak saya memberi pada saya. Banyak sangat katanya. Jadi saya ambillah juga beberapa biji.
Dalam fikiran saya sudah terbayang nak buat jeruk mangga asam boi. Sudah itu saja yang saya mampu buat. Jadi, pergi ke kedai terus membeli asam boi. Lain-lain bahan seperti cili api, gula dah memang ada di rumah.
Tak susah sangat pun buat jeruk mangga asam boi ni, campur-campur saja bahan-bahannya. Terus jadi. Nak makan terus pun boleh. Tapi saya simpan dalam botol, biarkan dalam sehari.
Buah mangga ini pun sedap. Jenis ranggup apabila dimakan. Ala-ala jeruk mangga asam boi yang dijual di tepi jalan tu.. Lepas ni bolehlah saya jual di tepi jalan. Hehe..