Friday, January 21, 2022

Kereta Lembu Dari Melaka


Alhamdulillah.. Akhirnya siap juga sebuah buku Siri Khazanah Warisan : Kereta Lembu Dari Melaka yang siap dicetak pada awal Januari 2022 lalu. Ini merupakan terbitan pertama bagi Siri Khazanah Warisan, insyaallah, selepas ini terdapat lagi siri-siri yang lain bakal diterbitkan. 

Buku ini bukanlah sebuah buku yang 'berat', tujuan kami menerbitkan buku ini sebagai satu dokumentasi agar dapat dibaca, difahami, dirasai, ditatapi oleh masyarakat seterusnya memulihara agar khazanah ini tidak hilang ditelan zaman. Umum sedia maklum, kereta lembu amat popular di Melaka, bermula seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah kini, kereta lembu terus wujud namun pengusahanya semakin kurang dan hampir pupus.

Justeru, buku ini merupakan salah sebuah bahan yang boleh menjadi rujukan kepada masyarakat untuk mengetahui tentang hal-hal berkaitan sejarah kereta lembu, pekembangannya, kaedah pembuatan, bahagian-bahagian kereta lembu, pemilihan jenis lembu dan banyak lagi. Sekiranya ada yang berminat untuk membeli buku ini, harganya cuma RM30.00 sahaja, saya boleh bantu untuk poskan sekiranya ada yang berminat.

Insyaallah, selepas ini kami akan menerbitkan beberapa judul lagi bagi Siri Khazanah Warisan bagi tahun 2022. Antara yang telah dirancang ialah Dondang Sayang, Sanggul Lintang dan Permainan Tradisional.

29 comments:

  1. Replies
    1. Datang le.. Dah boleh jenjalan dah sekarang.. Hehe

      Delete
  2. comel lukisan. susah nak jumpa kereta lembu zaman sekarang.

    menarik juga buku ni :)

    ReplyDelete
  3. Suka tengok bila tradisi dan sejarah bangsa di dokumentasikan mcm ni. Kalau tak nanti.. hilang ditelan zaman..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.
    Bertambah khazanah warisan dalam bentuk penulisan. Tahniah.

    ReplyDelete
  5. Buku ini akan jadi rujukan terpenting tengtang kereta lembu ni...

    Tahniah!

    ReplyDelete
  6. Teringat lagu lama bertajuk 'kereta lembu' nyanyian Helen Velu

    ReplyDelete
  7. bagus ada buku2 cam ni. some people sure suka buat collection. i teringin nak buat buku. tapi tak tau nak refer ke mana.

    ReplyDelete
  8. Betul jarang nampak kereta lembu. Kalau tidak diceritakn mungkin generasi akan datang tidak tahu.

    ReplyDelete
  9. Wah! good job..tahniah...
    saya eager juga bila dengar pasal sanggul lintang tu...

    ReplyDelete
  10. Bagus ketengahkan khazanah yang semakin menghilang. Tahniah dapat menghasilkan buku dokumentarinya.

    ReplyDelete
  11. Sy ternyanyi pulak lagu.. 'Kereta Lembu', hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Sudah pasti orang teringatkan lagu tu

      Delete
    2. time sekolah rendah, aida grup koir sekolah.
      memang ada nyanyi lagu - "kereta lembu.... dari melaka....."
      masa tu perform kat pusat expo ayer keroh. now area tu da jadik jalan masuk ke ames hotel tu.
      kenangan sgt :)

      Delete
  12. menarik ni utk subjek pengajian malaysia.. teruskan berkarya tuan

    ReplyDelete
  13. tahniah ye atas buku Siri Khazanah Warisan ni

    ReplyDelete
  14. Menarik! Tahniah atas penerbitannya.
    Kalau dapat letak di perpustakaan awam pun bagus ni.

    ReplyDelete
  15. terbaik ni. anak-anak boleh baca dan dpt ilmu.
    terkenang aida dulu kala naik kereta lembu di padang sebelum terbinanya Dataran Pahlawan.
    santai. relaks. terkedek-kedek lembu tu berjalan :) ha ha ah ha...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.