Showing posts with label whatsapp kena bayar. Show all posts
Showing posts with label whatsapp kena bayar. Show all posts

Monday, September 2, 2013

LAA.... WHATSAPP NAK KENA BAYAR RUPANYA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Mungkin aku agak ketinggalan sebab dulu aku pakai telefon cap ayam saja.  Baru empat, lima bulan rasanya aku memakai telefon yang mempunyai teknologi Android. 



Perkenalan aku kepada penggunaan WhatsApp juga boleh dikatakan masih baru. Seronok memakainya. Mana tidaknya, barang percuma. Kalau orang takde kredit janji ada line internet, bolehlah menggunakan WhatsApp untuk menghantar mesej, gambar, mesej bersuara dan sebagainya.

Tadi, semasa aku meneliti bagaimana nak tukar gambar profil WhatsApp, ternampaklah satu link akaun. Klik saja pada link tersebut, ia memberitahu bahawa akaun WhatsApp aku akan tamat tempoh pada 6 May 2014. 

Selepas tarikh tersebut sekiranya nak teruskan WhatsApp pengguna perlu membayar $0.99 sen setahun. Boleh juga terus membayar untuk 3 tahun sebanyak $2.67 atau 5 tahun sebanyak $3.71.

Dulu terfikir juga, bagaimanalah mereka yang membangunkan aplikasi ni boleh 'hidup' tanpa ada bayaran atau iklan. Rupa-rupanya mereka beri 'salam perkenalan' saja dulu. Akhirnya dikenakan bayaran. Namun, bagi aku bayaran yang akan dikenakan agak rendah dan amat berbaloi. 

Huh.. Aku rasa entri yang aku buat ni pun agak terlewat, orang lain dah lama tahu rasanya. Betullah tertinggal bas aku ni.. :)