Showing posts with label surat khabar. Show all posts
Showing posts with label surat khabar. Show all posts

Thursday, June 11, 2015

SESEKALI MASUK SURAT KHABAR


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


Huhu.. teruja gambar masuk surat khabar. Tapi bukan surat khabar nasional pun. Hanya surat khabar negeri je, iaitu surat khabar Melaka Hari Ini.

Berita ini bersempena lawatan akademik dari Liverpool John Moores University. Mereka datang ke Melaka untuk belajar tentang senibina bangunan warisan di Melaka. Bukan Melaka saja, mereka juga ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Friday, September 13, 2013

HUH.. MUKA DIA LAGI DALAM SURAT KHABAR!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Huh.. Asyik-asyik keluar paper... Asyik asyik keluar paper. Dah macam artis baru nak naik, mencari populariti dengan menepek gambar di dada akhbar.

Siapa gerangannya tu? Hehehe.. Gambar diri akulah yang sebenarnya. Dapat masuk paper sipi-sipi pun jadilah. Dah terkenal nanti, senang sikit nak jadi YB. \^o^/

Sila klik untuk tumbesaran sempurna

Nak tengok lagi muka si dia ni masuk surat khabar. Bolehlah klik kat sini >> KLIK << dan >> KLIK <<

Ini pun kena kumpul, buat koleksi.. :)

Monday, July 2, 2012

TERHARU TERIMA SUMBANGAN MILO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari Ahad yang lalu, bapa dan emak saudara saya (pakcik dan makcik) dari Kolumpo Kuala Lumpur telah datang ke Melaka kerana ada majlis kahwin rakannya. Apa yang agak mengembirakan saya ialah kerana mereka telah menyumbangkan beberapa jenis barangan Milo kepada saya untuk dijadikan sebahagian daripada koleksi saya.

Memang sangat gembira hari itu, sudahlah cerita berkenaan hobi saya terpampang di dalam Metro Ahad pada hari yang sama, digandakan kegembiraan dengan mendapat menambah koleksi barangan Milo.

Nak tau apa yang diberinya? Layan saja gambar di bawah ini :

Beg sandang Milo... Memang terbaiklah.

Botol air Milo. Ini saya sudah ada, tapi tidak mengapa, bertambah lagi rakannya.

Cawan bola Milo. Inipun sudah ada dalam koleksi saya.

Ha.. Ini belum ada. Cawan plastik Milo. Memang cun...
Hai.. Seronok rasa sekiranya hobi dikongsi-kongsi bersama. Memang rasa seronok saya belum habis lagi kerana seorang abang saya dengan rela hati telah memberikan sebuah bekas makanan Milo yang unik kepada saya untuk dijadikan koleksi. Yahoooooo.. Seronoknya tidak terhingga.

Inilah bekas makanan Milo tu... Cantik tak?

Apabila dibuka... jeng.. jeng.. jeng...

Perghh.. Siap ada ruang-ruang isi makanan yang berlainan.. Terbaik.
Terima kasihlah kepada Pakcik dan Makcik serta abang yang memahami hobi saya dan sanggup menyumbangkan barangan Milo kepunyaan mereka untuk saya. Terima kasih banyak-banyak..

Ada tak sesiapa lagi yang mahu menyumbang? :)

Pssst.. Ada sesiapa perasan ruangan ini di Metro Ahad? :)

Wednesday, March 21, 2012

Tuesday, January 11, 2011

MELAKA HARI INI


Negeri Melaka merupakan antara negeri yang menerbitkan akhbar hariannya setiap hari. Akhbar ini dijual di Melaka sahaja (setahu aku negeri lain tiada). Sebagai berkongsi berita di negeri Melaka, aku linkan akhbar ini versi digital untuk tatapan dan bacaan semua.





Klik ---> Melaka Hari Ini

Friday, January 7, 2011

BLOG AKU TERPAPAR DALAM SURAT KHABAR

Harian Metropolitan 7 Januari 2011





Perutusan Melayu 7 Januari 2011

Berita Hairan 7 Januari 2011

Oohh.. Tidak aku sangka, blog aku kini menjadi buruan wartawan-wartawan berita untuk mendapatkan maklumat serta artikel-artikel yang bernas. Terima kasih aku ucapkan kepada semua wartawan yang menyiarkan blog aku di akhbar. Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan. :)