Showing posts with label Kuwait vs Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Kuwait vs Malaysia. Show all posts

Monday, May 24, 2021

KEPUTUSAN KUWAIT LAWAN MALAYSIA

Malam ini merupakan perlawanan terakhir English Premier League (EPL) bagi musim 2020/2021 di mana tiga pasukan berentap habis-habisan untuk layak ke UEFA Champions League. Akhirnya yang layak ialah Liverpool FC dan Chelsea FC yang mengikuti Manchester City FC selaku juara dan Manchester United FC, naib juara. 

Leicester City FC dan West Ham United FC di tangga kelima dan keenam pula layak ke UEFA Europa League manakala Tottenham Hotspur FC di tangga ketujuh layak ke Europa Conference League. Sementara tiga buah pasukan yang akan turun liga ialah Fulham FC, West Bromwich Albion FC dan Sheffield United FC. 



Pasukan Harimau Malaya juga mempunyai perlawanan pada masa yang sama. Tapi hanyalah perlawanan latihan bersama pasukan Kuwait yang berlangsung di Dubai, UAE. Perlawanan ini diadakan sebagai pemanas badan sebelum ke perlawanan kelayakan ke Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Malangnya, Harimau Malaya kalah di tangan Kuwait dengan jaringan 4 berbalas 1. Sebagai peminat bola sepak Malaysia, terasa kecewa juga kerana kita kalah dengan jurang gol yang agak besar. Walaupun ini hanya sekadar perlawanan latihan, kekalahan dengan jaringan gol yang banyak menunjukkan pasukan kita masih belum cukup baik. 

Semoga coach Malaysia dapat menilai semula yang benar-benar boleh bermain untuk ke perlawanan kelayakan Piala Dunia pada 3 hingga 15 Jun ini.

Come on Harimau Malaya!!!

Ps: Sebelum ni bila ada perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Harimau Malaya, ada kalanya saya turun ke Stadium Bukit Jalil. Cepatlah covid-19 berakhir, nak tengok bola di stadium pun tak boleh. 😔😔😔