Showing posts with label 5 mei 2011 petrol naik. Show all posts
Showing posts with label 5 mei 2011 petrol naik. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

HARGA PETROL RON 97 NAIK LAGI

Hari ini (5 Mei 2011) melihatkan harga petrol RON 97 naik lagi. Kenaikkan adalah sebanyak RM 0.20 menjadikan harga petrol RON 97 kini pada tahap yang tertinggi yang pernah dicapai iaitu RM 2.90. Huh, banyak tu.. Kenaikkan ini tidak melibatkan petrol RON 95 dan diesel.

Nasib baiklah petrol RON 95 tak naik, kalau naik jugak tak taulah nak cakap apa. Tapi berkemungkinan petrol RON 95 ini akan turut naik jugak nanti. Iyalah, sekarang nak hampir-hampir pilihanraya, maka RON 95 ini taklah kerajaan naikkan. Lepas pilihanraya nanti tengoklah.


Kita memang tahu harga minyak dunia kini tinggi, tapi Malaysia ni antara salah satu negara pengeluar minyak. Bukankah dengan menjual minyak, negara kita juga mendapat keuntungan. Keuntungan itulah kerajaan perlu teruskan memberikan subsidi. Kalau tak kerajaan, siapa lagi yang mahu membantu rakyat.

Dalam hal-hal kenaikkan harga minyak ini juga kerajaan harus lebih terbuka dalam menyampaikan maklumat yang secukupnya kepada rakyat mengapa perlu naikkan harga minyak. Jangan hanya menyatakan bahawa harga minyak dunia naik. Itu semua orang sudah tahu. Kerajaan seharusnya memperincikan segala maklumat yang menyebabkan harga petrol dinaikkan. Seperti berapa harga minyak dunia sekarang. Bagaimana pula pendapatan petronas. Di mana duit minyak dibelanjakan. Berapa subsidi minyak diberikan. Berapa jumlah pengurangan subsidi diberikan dan banyak lagi yang rakyat mahu tahu. Rasanya ianya tidak sulit untuk didedahkan.

Apa-apapun, aku tahu bukan senang kerajaan untuk mentadbir negara. Dengan hal untuk membangunkan negara, lepas tu dengan bab politik lagi. Macam-macam perlu dilakukan dan dilaksanakan. tetapi kerajaan perlu lebih terbuka untuk menyampaikan maklumat yang secukupnya demi untuk tidak menyebabkan timbul tanda tanya dari rakyat dan rakyat menafsirkan dengan cara yang salah.