Friday, April 28, 2023

Mael XPDC Meninggal Dunia


Innalillah wainna ilaihi rojiun. 

Tanggal 27 April 2023, Khamis malam Jumaat merupakan hembusan nafas terakhir Mael XPDC atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim. Beliau meninggal dunia di Hospital Muar kira-kira pada jam 9.30 malam. Dikhabarkan beliau mengalami penyakit asma yang kronik. 

Aku antara peminat Mael dan XPDC yang mengikuti lagu-lagu mereka berentak metal sejak di bangku sekolah lagi. Masih segar sehingga kini lagu-lagu Mael dan XPDC yang tiada galang gantinya. Masih teringat suatu ketika dahulu, belajar bermain gitar juga dengan lagu-lagu XPDC. 

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. 

Al-Fatihah 

*****

Aku dan Sesuatu 

Ditelan pahit 
hendak ku buang terasa sayang
engkau bermadu 
hendak ku minum engkau beracun. 

Kau bisa hingga punah ranah
dan mati akan diriku 
kau kebumikanlah aku di sini.... 




5 comments:

  1. Semoga Arwah dihimpun bersama orang-orang yang Allah sayang... Amiinn

    ReplyDelete
  2. XPDC mula terkenal dgn lagi CINTA pd thn 1990. Masa tu abe kie nak ambik SPM. Byk lagu XPDC yg best esp ciptaan arwah JS Kevin.

    ReplyDelete
  3. Innalillahi wainna ilaihi rojiun....semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin...amiin..

    ReplyDelete
  4. al fatihah buat arwah. saya pun suka lagu2 xpdc terutama lagu CINTA

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.