Thursday, January 5, 2023

Muzium Perang Antara Destinasi Yang Wajib Dilawati di Pulau Pinang

Adalah tidak patut sekiranya aku sebagai orang muzium tidak berkunjung ke muzium apabila tiba di sesebuah negeri. Kali ini aku berpeluang untuk berkunjung ke Pulau Pinang dan antara tempat menarik yang telah aku lawati ialah Muzium Perang. 

Muzium Perang ini amat menarik. Mengekalkan monumen-monumen lama zaman kolonial British di samping penambahbaikan dari aspek penerangan, lanskap, kemudahan asas dan sebagainya.

Lokasi Muzium Perang di Bukit Batu Maung sebenarnya merupakan tapak asal kubu pertahanan British yang dibina pada sekitar tahun 1930-an. Kubu ini seterusnya diambil alih oleh tentera Jepun semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Pelbagai monumen-monumen dan tinggalan sejarah yang menarik dapat dilihat di muzium ini dengan penuh bermaklumat. Dapat menelusuri kubu bawah tanah merupakan sesuatu yang sukar dilupakan. Dengan berkonsepkan 'living museum', muzium ini menyajikan pengalaman-pengalaman menarik buat pengunjung.

Harga bagi tiket masuk ke Muzium Perang ialah RM22.00 untuk dewasa manakala RM12.00 bagi kanak-kanak berumur antara 5 hingga 12 tahun. Secara peribadi aku merasakan harganya sangat berbaloi kerana terdapat banyak monumen bersejarah yang menarik dan kawasan yang luas sehingga memerlukan lebih 2 jam untuk mengekplorasi muzium ini.

Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat dirakamkan sewaktu berkunjung ke Muzium Perang pada 3 Januari 2023 yang lalu.












6 comments:

  1. seram juga bila masuk ke dalam tu. org kata muzium ni berhantu...

    ReplyDelete
  2. selalu gi area Georgetown saja kalau gi Penang, belum habis ronda pulau..

    ReplyDelete
  3. Haritu tak sempat ke sini. Moga ada rezeki ke Penang lagi.

    ReplyDelete
  4. Orang Melaka dah sampai dulu ya..hehe
    Saya dari tahun lepas nak pergi, tak kesampaian. Memang teruja nak ke sini sebab konsep living museum tu.

    ReplyDelete
  5. alamak ngeri bila tengok gambar je pun

    ReplyDelete
  6. Teringin nak pergi tapi takut. Huhu. Biasalah tak kuat semangat

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.