Sunday, December 4, 2022

Kek Lapis Warisan Sarawak

Masih lagi berkisar mengenai pemergian aku ke Sarawak tempoh hari. Bukan apa, gambar banyak sangat dalam telefon bimbit ni. Aku pula tak suka menyimpan gambar-gambar di dalam telefon bimbit. Rasa semak saja. Jadi sebelum aku buang gambar ini, elok kiranya aku membuat entri di blog. Bolehlah juga menjadi kenang-kenangan. Kadangkala aku gemar juga membaca blog aku sendiri untuk mengimbau kembali kenangan lalu.

Jadi kali ini aku nak cerita pasal kek lapis Sarawak. Rasanya tak sah kalau tak pulang ke semenanjung tanpa membawa ole-ole kek lapis Sarawak. Seperti biasa, sudah beberapa kali aku ke Sarawak dan membeli Kek Lapis Warisan yang terletak di Kuching, Sarawak. Rasanya oklah., Sedap. Aku jarang mengatakan tak sedap pada makanan kecuali yang betul-betul tak sedap saja akan aku katakan tak sedap. 

Sebenarnya, banyak pilihan untuk beli kek lapis Sarawak. Berdekatan Waterfront pun banyak kedai-kedai yang menjualnya. Harganya pun sedikit lebih kurang sahaja. Rasanya pun sedap. 

Cuma di Kek Lapis Warisan ni, kita berpeluang untuk melihat bagaimana kek lapis dibuat. Kita boleh lihat pembuatannya di dapur sambil terdapat orang yang memberi penerangan berkenaan kek lapis Sarawak. 

Untuk kali ini, tidak banyak yang aku beli. Hanya 10 pek sahaja dan dapat percuma 1 pek. Sedap. Macam-macam rasa ada. Syabas orang Sarawak kerana mempunyai produk negeri yang popular dan dikenali ramai.







11 comments:

  1. memang rambang mata nak memilihkan . rindu nak buat kek lapis.. masa sering tak cukup.

    ReplyDelete
  2. ada demo cara buat sekali ke tu? Terbaik!

    ReplyDelete
  3. sedapnya.... kek lapis sarawak. lama tak makan...

    ReplyDelete
  4. Pernah makan kek lapis. Memang sedap. Tapi Warisan punya ni tak pasti pernah makan ke tak. Mesti sedap jugak ni.

    ReplyDelete
  5. sedapnya kek lapis Sarawak. saya suka flavour yang ada letak Horlicks tu

    ReplyDelete
  6. Aduh, kek lapis Sarawak ni, kesukaan sy tau, En FM

    ReplyDelete
  7. menarik sebab boleh ke dapur tgk pembuatannya :)
    aida kagum dgn pembuatan kek lapis ni. kena sabar buat bcoz ia lapis by lapis, kan.
    sekali je pernah aida ke sarawak. beli byk juga la time tu, 1st time, kan :) excited.
    kesedapannya tak boleh disangkal la. memang sedap.

    ReplyDelete
  8. Oh... ada kilangnya di situ rupanya... yg ni area berdekatan hospital umum tu kan?

    ReplyDelete
  9. sedapnya kek lapis manis n berlapis-lapis warnanya

    ReplyDelete
  10. sedap kek lapis, selalu org potong kecik2...suka yg ada buah asam cina (hawthorn)..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.