Friday, March 25, 2022

Masa Untuk Menelaah Buku


Inilah antara tugasan aku. Ada kalanya meja kosong, tapi selalunya dipenuhi oleh buku-buku. Sekali tengok sudah seperti seorang pelajar PhD sedang menelaah buku-buku. Tapi aku bukan pelajar, hanya bekerja. Membaca untuk menyiapkan tugasan.

Membuat dan menyampaikan maklumat adalah antara tugas aku di jabatan. Ada kalanya perlu membuat tinjauan serta kajian-kajian literasi mahupun kajian di lapangan yang kebiasaannya tertumpu kepada bidang sejarah, warisan, budaya, pemuziuman dan lain-lain yang berkaitan. Membuat kajian untuk tujuan-tujuan rujukan pihak jabatan, negeri dan pihak-pihak yang memerlukan maklumat seperti pelajar sekolah, kolej dan universiti.

Itulah antara fungsi utama muzium. Bukan sekadar mempamerkan artifak dan bahan bersejarah, namun perlu menyedia dan menyampaikan maklumat, pendidikan kepada masyarakat agar memahami sejarah, warisan dan kebudayaan negara.

Tahun ini juga ada beberapa buku, buletin dan laporan yang akan diterbitkan. Harap-harap aku dapat selesaikan sebelum menjelang akhir tahun ini. Insyaallah, bulan Ramadan ini boleh terus fokus menulis.

30 comments:

  1. banyak juga buku kena buka sebagai rujukan yea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak.. Rujukan tidak terhad pada satu sumber sahaja.

      Delete
  2. Semoga makin bertambah ilmu. Tak rugi membaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kalanya, bukan membca keseluruhan, cuma mencari maklumat untuk rujukan.

      Delete
  3. Selamat menelaah. Mungkin boleh compile data untuk publish satu jurnal review paper?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tidak.. Kalau menulis artikel pun, dulu adalah juga beberapa esei saya keluar dalam majalah Dewan Budaya.. Sekarang lebih kepada penerbitan dalaman..

      Delete
  4. selamat menunaikan tugas tuan.. begitulah bila dah passion kita kn? ni mst pakar ni bab² sejarah

    ReplyDelete
  5. Moga dipermudahkan Allah. Sambil buat tugasan, dapat banyak ilmu. Seronok.

    ReplyDelete
  6. Samalah dengan saya, tapi saya bergelumang dengan artikel surat khabar.. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Memang tugas saya menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

      Delete
  7. Wah, semoga dipermudahkan semuanya. Bukan calang-calang ni, penuh ilmu di dada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde.. Mana ada ilmu.. Sebenarnya semakin banyak kita membaca, semakin banyak kita tak tahu.

      Delete
  8. macam student nak buat thesis. hehe. semoga dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terasa ingin menyambung pengajian lagi, tapi tak tahu bila.. Hasrat tu ada.

      Delete
  9. Bukan calang-calang orang ni boleh buat kerja ni. Semoga terus sukses!

    ReplyDelete
  10. Semuga Allah memberi ilham agar dapat menerbitkan buku ilmiah yang lebih baik di masa akan datang.

    ReplyDelete
  11. Fuhh..mencabar ni banyak buku nak kena rujuk. Bukan tugas mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Macam bersilat jugalah nak mencari fakta..

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.