Friday, March 25, 2022

Berseronoklah Dengan Apa Jua Pekerjaan Yang Kita Lakukan


Ada kalanya bekerja di pejabat yang dingin, sejuk bak air batu yang enak dicampurkan bersama sirap Bandung. Teringat air Bandung, tak sangka tak lama lagi Ramadan bakal muncul kembali. Alhamdulillah. Namun, ada kalanya bekerja di luar pejabat, berjemur di bawah terik matahari. Bekerja umpama buruh kasar, kerja berat, anggota badan berpeluh dan kotor.

Itu semua tak pernah menjadi satu masalah bagiku. Aku tak pernah mengeluh. Sebagai seorang yang sukakan cabaran dan boleh bertugas dan bekerja dalam apa jua keadaan, aku seronok melalui semua ini. Semakin banyak aku melakukan sesuatu, semakin banyak juga aku dapat menimba ilmu, pengetahuan dan pengalaman.

Aku sedar, hidup ini hanya sementara, jadi selagi mata belum tertutup dan badan belum dikafankan maka aku harus mencari sebanyak mana ilmu dan pengalaman untuk aku rasai. Apabila kita mempunyai ilmu dan pengalaman, kita tidak kekok untuk menyampaikan maklumat tentang apa yang kita tahu kepada sesiapa sahaja.

Gambar di atas ini merupakan kerja-kerja kajian struktur bangunan Masjid Lama Belimbing Dalam. Ini adalah bengkel kajian, jadi bagi kajian struktur yang melibatkan kerja-kerja ekskavasi arkeologi tidak dilaksanakan secara menyeluruh, hanya tiga petak ekskavasi dibuka. Namun, lain-lain kajian antaranya lukisan terukur (measured drawing) dilaksanakan sehingga selesai oleh pihak lain.

8 comments:

  1. haha. ingat entry ni perli saya tadi. saya jujur mengaku kurang suka dengan kerja saya akibat dipindah unit secara paksa rela. hanya mampu redha setiap hari buat benda yang saya langsung tak suka.

    ReplyDelete
  2. Betul tue . Apa pun pekerjaan janji halal .

    ReplyDelete
  3. Sebut air sirap bandung bulan puasa ni teringin lah pulak. hehe...
    Tiada pekerjaan yang mudah. Bagus sentiasa semangat buat kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dab berapa hari Ramadan ni, tak buat lagi air sirap Bandung.. Hihi

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.