Tuesday, January 4, 2022

Ada Yang Rindu Ke?

Ada yang rindu ke? Hehehe...

Minta maaf banyak-banyak kepada rakan bloggers kerana saya tidak aktif berblog seperti dahulu. Bak kata orang tua-tua, daun palas sudah melekat di belakang badan. Aduh.. Malas betul dah sekarang nak kemaskini blog. Jangan kata nak kemaskini, nak buka blog sendiri pun dah malas. Huk aloh.

Nak dikatakan tugasan banyak di pejabat, ya juga. Bukan setakat tugasan di pejabat, bermula Oktober hingga Disember 2021 yang lepas aku banyak berada di tapak ekskavasi bagi meneruskan usaha penyelamatan dan mencari artifak di sekitar kawasan tambak laut di Pulau Melaka. Hari-hari pakaian dan anggota badan dipenuhi lumpur dan kotoran dari tanah. Balik rumah, badan pun sudah penat. Jadi bermula Oktober tahun lepas jugalah aku mula perlahan dan terus tidak mengemaskini blog.

Rehat tengah hari. Nampak benar penatnya. Hehehe


Alhamdulillah, kerja-kerja penggalian ekskavasi penyelamatan artifak pada masa tersebut telah banyak menaikkan artifak-artifak seusia zaman Kesultanan Melayu Melaka. Antara artifak yang paling banyak ditemui ialah porselin dan serpihan-serpihan porselin (biru-putih) dari zaman Dinasti Ming. 

Terdapat juga lebih 200 keping syiling timah bercetak Sultan Muzaffar Syah. Lain-lain jumpaan seperti syiling Portugis, serpihan-serpihan tembikar tanah dan batu serta lain-lain lagi. Sebahagian artifak ini yang masih dalam keadaan baik ada dipamerkan di Kompleks Muzium Rakyat. 

Selain itu, selepas kerja-kerja ekskavasi tamat, aku bersama bahagian aku telah melaksanakan sesi bicara warisan dengan menjemput 3 orang pakar dalam bidang arkeologi dan maritim untuk membentangkan kertas kerja masing-masing berkaitan penemuan artifak-artifak tersebut.

Sebenarnya, kerja-kerja ekskavasi tersebut belum selesai sepenuhnya cuma lesen penggalian dari Jabatan Warisan Negara (JWN) telah tamat. Kerja-kerja sebegini sebenarnya memerlukan kos yang agak besar juga, jadi kami dalam usaha untuk meneruskan lagi dan akan memohon kembali lesen penggalian. 

Nak lihat beberapa artifak yang ditemui boleh lihat di SINI.

20 comments:

  1. Baru tertanya-tanya mana saudara pergi. Baik pergi jenguk blog orang lain sebab saudara ada terpilih sebagai tulang komen 2021.
    Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baharu 2022.
    Moga terus sukses dalam menjalankan kerja-kerja ekskavasi.

    ReplyDelete
  3. saya pun sama, jarang2 update. skrg ingat nak rajin balik, taktau bertahan ke tak. heheee...

    ReplyDelete
  4. Utamakan tugas hakiki
    Ada masa terluang bolehlah berblog

    ReplyDelete
  5. Wah! banyak juga artifak yang dijumpai ya...
    Tak pernah ambil tahu kesian Mrs. A huhuhuhu terasa macam kisah dalam drama pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Masa penggalian pun banyak dramanya..:)

      Delete
  6. nak rindu tak boleh la, laki orang. haha. cuma tertanya-tanya sahaja. Semoga dipermudahkan urusan harian samada pekerjaan atau peribadi. take care bro. nampak letih tapi berbaloi tu. I'm jealous.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ni ha.. Usah tertanya-tanya lagi.. Hehehe

      Delete
  7. Rindu takde la..hehehehehe..cuma tertanya2 lama bebenor tak update blog...
    Mana2 pekerjaan mmg kdg2 memenatkan dan kdg2 mengembirakan...apa2 pun happy working..

    ReplyDelete
  8. wah cool la buat ekskavasicari artifak

    ReplyDelete
  9. Selamat Tahun Baharu 2022, En. Fairus.
    Semoga kembali rancak berblogging selepas ni apabila sudah kurang sibuk.

    ReplyDelete
  10. Selamat kembali.

    Melaka sememangnya banyak rahsia yang tersembunyi. Harta karun banyak tu.

    ReplyDelete
  11. Ohh patutlah sunyi sepi blog. Kalau dah penat, begitulah. Kena rehat secukupnya. Mencabar ekskavasi ni, ambil masa yang lama pastinya selain kos yang tinggi.

    ReplyDelete
  12. ekskavasi bukan proses mudah. Nampak kepenatan tu. Selamat kembali berblogging :)

    ReplyDelete
  13. wah. menariknya pekerjaan :)

    bila sibuk dgn kerja, standard la tu blog ke laut.
    aida tak pernah aktif pon. always suam2 kuku :) ha ha ah ha...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.