Tuesday, February 4, 2014

KEBALKAH KITA?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Baru-baru ni aku menyambut hari kelahiran emak aku di tepi pantai bersama-sama semua ahli keluargaku yang lain. Berminggu juga tak jumpa emak dan kebetulan emak pun baru pulang dari rumah adik bongsu aku yang sedang mabuk kerana hamil. 

Tugas aku di pantai ialah membakar ayam dan jagung. Memang kegemaran aku dengan tugas bakar membakar ni. Panas dan bahang dari api arang yang membara tu memang tak payah cakaplah, memang panas. Merah jari jemari aku ni dibuatnya, bulu-bulu roma pun ada yang sedikit terbakar. 

Dalam membakar ayam-ayam dan jagung tu, aku sempat juga terfikir... Ini baru panas dunia. Belum panas di akhirat nanti. Belum panas Api Neraka lagi.

Kedalaman Api Neraka digambarkan sekiranya membaling batu ke dalamnya, maka 70 tahun barulah batu tersebut akan tiba di dasarnya. MashaAllah.. 

Ibnu Abbas R.A mengatakan : Pada suatu hari Rasulullah sedang duduk dengan para sahabatnya. Tiba-tiba dia terdengar suatu suara. Ketika itu nabi S.A.W bertanya, "tahukah kamu suara apakah itu?" Jawab mereka "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu." Kata nabi S.A.W "itu adalah batu yang dilemparkan ke dalam neraka sejak tujuh puluh tahun yang lalu dan baru sekarang sampai ke dasar neraka itu."

(HR Muslim)

Ya.. itu baru kedalaman Api Neraka, bagaimana pula dengan kepanasannya? 

Panas Api Neraka yang kamu nyalakan di dunia ini (termasuk matahari) hanyalah sepertujuh puluh dari panasnya Api Neraka di akhirat. Kalau sebahagian kecil (Api Neraka) jatuh ke dunia, nescaya mendidihlah air laut kerana kepanasannya.

(HR Muslim)

Begitulah gambaran Api Neraka. Amat dahsyat sekali. Semoga kita semua tergolong sebagai ahli Syurga dan dijauhi dari azab Neraka. Amin Ya-Rabbal Alamin.


"Ya-Allah... Aku tidaklah layak untuk ke Syurga-Mu, namun aku juga tidak mahu azab Neraka-Mu"

18 comments:

  1. peringatan untuk kita yang selalu terlupa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. YE.. KITA MUDAH LUPA DAN TIDAK PERNAH NAK AMBIL PENGAJARAN TENTANG APA YANG KITA BACA..

      Delete
  2. Amin Ya Rabbal Alamin...

    cering bulu roma baca...

    ReplyDelete
  3. tu la masa kat dunia ni panas sikit je kita dah pot pet pot pet bising =P


    Salam kenalan,
    anamizu :)

    ReplyDelete
  4. Amin...Happy belated birthday buat makcik.

    ReplyDelete
  5. Panas di dunia ni kita dah tak tahan.. apatah lg panas di akhirat yg berkali2 ganda...
    Ya Allah... takut nya..

    ReplyDelete
  6. betul tu kita asek mengeluh panas je kan nak2 lately tengahari panas bukan main

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum fairus. Allahuakbar. tak terbayang panasnya neraka sedangkan di dunia terkena matahari pun dah rasa panasnya. Allahuabkar, semoga kita dilindungiNya. in shaa Allah..

    ReplyDelete
  8. Bila aku tuang air panas dalam jag, terasa haba panasnya, masa tu la aku dok teringat bahang api kat sana esok lagi teruk. Masa tu memang insaf la.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.