Wednesday, October 23, 2013

5 GENERASI SUNQUICK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tak sangka pula Sunquick ni ada keluarkan gelas mengikut tahun. Pernah juga perasan sebiji gelas ni kat rumah mak aku dan sebiji lagi di rumah mertua aku (tak ingat gelas tahun berapa), lepas tu aku mula pasang keinginan untuk memilikinya.

Mula-mula nak saja aku ambil kedua-dua gelas tu, tetapi selepas terpandang ada seorang member Facebook yang juga merupakan seorang collector dan seller menjual gelas ni, jadi aku terus membelinya. Harganya pun tak mahal sangat. Amat berpatutan.



Inilah gelasnya.. Dari kiri gelas tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013. Lepas ni kenalah tunggu gelas Sunquick keluaran 2014 pula. Tapi kalau dilihatkan, pada tahun 2009, gelasnya agak tinggi. Namun lama-kelamaan, kecil pula gelas yang dikeluarkan. Untuk tahun 2014 nanti, entah macam mana pula bentuknya.

Aku tak pastilah sejak tahun bila Sunquick mengeluarkan gelas dengan siap bercap tahun. Kalau ianya bermula sebelum tahun 2009, jadinya aku kenalah cari lagi.. 

Ada sesiapa yang tahu tentang sejarah keluaran gelas Sunquick ni?

20 comments:

  1. banyak betul koleksi dia ya ..:)

    ReplyDelete
  2. bila sebut aje Sunquick, aku imagine air nya yang warna kuning. masam. tak sedap. kalau masa raya tu, tengah panas orang hidangkan air kuning ni, mesti masam. pastu tak de ais. wah rasa nak bako je tuan rumah tu. ahaks.

    ReplyDelete
  3. wahhh ada jugak koleksi sunquick...

    hmm rasanya moon xpenah ada gelas sunquick..mungkin sbb jarang beli air jus sunquick kan..haha

    ReplyDelete
  4. oh saya pon ada gelas sunquick tapi bukan macam ni. lain sket pattern nya

    ReplyDelete
  5. wahhh....... kat rumah deno pun takde gelas ni

    ReplyDelete
  6. begitu banyak sunquick begitu banyaklah gelasnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TU LE PASAL.. DAH GOOGLE, BANYAK JUGAK GELSNYA..

      Delete
  7. rasanya pernah jumpa yg oldskool

    ReplyDelete
  8. Kumpul sunquick plak ker? Slamat mengumpul.

    ReplyDelete
  9. salam,
    setau saya gelas sunquick yang ada cop tahun ni bermula tahun 2006,ada beberapa versi bagi setiap tahun seperti hijau,oren,kuning,merah dan sebagainya.Setiap versi mewakili perasa yang dikeluarkan.Saya pun tak tahu berapa versi gelas@perasa yang dikeluarkan.Apa yang saya pernah lihat/dapat ada versi hijau(limau atau epal), Oren(oren), Merah(strawberi) dan kuning (sama ada mangga atau nenas).

    Gelas-gelas ini dikeluarkan sehingga ke tahun 2009, kemudian SUNQUICK keluarkan 1 gelas 1 tahun dengan corak abtrak.Lain-lain gelas ada juga dikeluarkan tapi tak banyak.Itu saja yang dapat saya kongsikan.Harap info ini dapat membantu.TQ.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.