Thursday, June 20, 2013

OH...! TAK SABAR RASANYA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sebenarnya aku tak sabar menanti almari antik milik arwah nenek aku siap diperbaiki. Nak tau almari yang macam mana? Lihat gambar di bawah.




Alkisahnya, almari ni sudah uzur keadaannya. Abang aku mengemas rumah arwah nenek, meletakkan almari ini di luar rumah  dan berhasrat untuk membakarnya. Tapi nasib baiklah emak aku teringat yang aku ni gemar barang-barang lama lalu tidak jadilah abang aku membakarnya. Almari ini disandarkan di pokok mangga di halaman rumah.

Aku pun pergilah menghantar almari ini untuk dibaiki supaya nampak seperti baru. Tukang baiki ni orang muzium juga. Sebelum bekerja di muzium, dia sudah berbelas tahun berpengalaman bekerja di kedai antik. Dia ni memang pakar. Bukan saja membaiki barang lama, juga mahir dalam membuat ukiran.

Memang tak banyak lagi kerja-kerja pembaikan yang perlu dilakukan, cuma perlu meletakkan kembali 2 cermin di kiri kanan almari tersebut dan juga 2 pintu cermin di hadapannya. Anak kuncinya pun sudah dibuat baru, selaknya memang antik. Huh, memang tak dapat nak bayangkan apabila ianya siap nanti.

Almari ini tidak akan aku jual. Aku akan simpan sahaja walaupun harga pasarannya sekarang boleh mencecah ke harga RM 1000 ++. 

17 comments:

  1. harta warisan yang di selamatkan tu, "tu lah lemari nenek"

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. TERIMA KASIH.. ADA ALMARI LAMA KAT RUMAH? BAGI SAYA.. :)

      Delete
  3. mahal tu harganya...lebih mahal lagi kalau 20 tahun akan datang...tahniahlah geng..menyimpan bahan sejarah

    nak taw apa jawapan wordless jom singgah ke blog

    http://www.kancil8349.blogspot.com/2013/06/jawapan-daripada-wordless-wednesday-60.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. YANG NI PUN USIANYA SUDAH LEBIH 30 TAHUN BRO..

      Delete
  4. Itulah. Klu ada yg lama2 tu, jgn dibuang. Boleh bt barang antik, kan?

    ReplyDelete
  5. simpan bro.. barang-barang antik ni susah nak jumpa sekarang.. ia lebih bernilai daripada wang ringgit.. :)

    ReplyDelete
  6. mmg antik ni.. kena jaga elok2.. makin lama makin naik nilainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. WALAUPUN IA BERNILAI, SAYA AKAN TETAP SIMPAN.. LAINLAH KALAU ADA 2, 3, BOLEH JUAL.. :)

      Delete
  7. jgn lupa nnt share.. gonjeng nmpknyer tu!

    ReplyDelete
  8. Tak sabar tunggu hasilnya bila dah siap semua nanti... =D

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.