Showing posts with label gobok. Show all posts
Showing posts with label gobok. Show all posts

Monday, July 15, 2013

GOBOK WARISAN NENEK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Kalau sebelum ni aku ada menceritakan perihal Gobok arwah nenek aku, kini aku ingin berkongsi semula tentang gobok ini yang telah siap diperbaiki atau di dalam bahasa muziumnya, restorasi.

Setelah ianya sudah siap diperbaiki, aku berasa amat puas hati sekali dengan pembuatannya. Kemas dan nampak seperti sedia kala. Kalau dulu cerminnya sudah pecah, papannya dimakan usia, namun kini ianya semuanya telah diperbaiki. 

Aku tak nak bercakap panjang lebar, jom layan saja beberapa gambar gobok / almari ini yang telah diperbaiki.





Amacam! Cantik tak? Satu warisan nenek yang dapat diselamatkan oleh aku sendiri. :) Nak tahu tak apa yang aku isikan di dalam gobok ni? Lihatlah gambar di bawah...


Tuuuu dia... Koleksi barangan MILO aku. Ini pun tak muat. Masih ada lagi koleksi MILO aku yang tak dapat disumbat dalam gobok ni. Pakai nampak, kenalah aku cari gobok-gobok lama lagi.

Thursday, June 20, 2013

OH...! TAK SABAR RASANYA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sebenarnya aku tak sabar menanti almari antik milik arwah nenek aku siap diperbaiki. Nak tau almari yang macam mana? Lihat gambar di bawah.




Alkisahnya, almari ni sudah uzur keadaannya. Abang aku mengemas rumah arwah nenek, meletakkan almari ini di luar rumah  dan berhasrat untuk membakarnya. Tapi nasib baiklah emak aku teringat yang aku ni gemar barang-barang lama lalu tidak jadilah abang aku membakarnya. Almari ini disandarkan di pokok mangga di halaman rumah.

Aku pun pergilah menghantar almari ini untuk dibaiki supaya nampak seperti baru. Tukang baiki ni orang muzium juga. Sebelum bekerja di muzium, dia sudah berbelas tahun berpengalaman bekerja di kedai antik. Dia ni memang pakar. Bukan saja membaiki barang lama, juga mahir dalam membuat ukiran.

Memang tak banyak lagi kerja-kerja pembaikan yang perlu dilakukan, cuma perlu meletakkan kembali 2 cermin di kiri kanan almari tersebut dan juga 2 pintu cermin di hadapannya. Anak kuncinya pun sudah dibuat baru, selaknya memang antik. Huh, memang tak dapat nak bayangkan apabila ianya siap nanti.

Almari ini tidak akan aku jual. Aku akan simpan sahaja walaupun harga pasarannya sekarang boleh mencecah ke harga RM 1000 ++.