Tuesday, January 29, 2013

TIDAK HARAM BERTUDUNG SANGGUL TINGGI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya isu bertudung sanggul tinggi ini telah lama dibangkitkan. Dalam pemerhatian aku, memang banyak blog menyuarakan isu ini. Ada yang menyatakan ianya Harus dan ada juga menyatakan Haram dengan hujah dan dalil-dalil tertentu.

Sebenarnya pemakaian tudung bersanggul tinggi adalah tidak Haram selagi ianya dipakai mengikut syariat Islam, menutup aurat, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak membangkitkan syahwat kepada bukan mahramnya.

Kebanyakkan yang menyatakan ianya Haram setelah berhujah melalui dalil ini :

Rasulullah bersabda: "Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat." (Riwayat Ahmad).  

Dan satu lagi :

"Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini." (Riwayat Muslim).

Menurut dari ceramah yang aku dengar, hanya bersanggul tinggi seperti bonggolan unta itu bukanlah satu dalil bagi mengharamkan pemakaian sanggul tinggi ini. Sebaliknya ia terdapat 3 elemen penting yang harus disatukan baharulah ia jatuh kepada haram atau yang dikatakan sebagai wanita terlaknat dan tidak akan memasuki syurga seperti yang dimaksudkan.

3 elemen tersebut ialah wanita yang (1) berpakaian tetapi seperti telanjang, (2) berjalan bergoyang dan berlenggang lenggok serta (3) bersanggul seperti unta. Maka, sekiranya setakat bersanggul seperti bonggol unta, ianya tidak jatuh Haram kerana 3 elemen ini sebenarnya saling lengkap melengkapi. 

Sebenarnya siapakah Rasulullah S.A.W maksudkan dengan wanita yang mempunyai ketiga-tiga elemen ini? Golongan sebegini dinyatakan Baginda Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah melihatnya di dalam dunia ini. Jadi siapakah golongan wanita ini?

Melalui apa yang disampaikan ustaz tersebut di dalam ceramahnya, golongan wanita ini saling bersamaan seperti wanita yang memperagakan pakaian iaitu ratu cantik.

Ratu cantik kebiasaanya apa yang kita dapat lihat? Berpakaian tetapi seperti telanjang? Ya benar. Berjalan bergoyang-goyang dan berlenggang lenggok? Ya benar. Bersanggul yang berbonggol seperti unta? Kebiasaannya benar. Jadi mungkinkah golongan ini yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W? Kita sendiri fikir-fikirkan.

Kembali semula kepada persoalan bersanggul tinggi. Sebenarnya ia adalah harus selagi ia tidak bertentangan dari apa yang aku tulis di para kedua di atas. Jadi, usahlah kita haram mengharamkan wanita yang bersanggul. Manalah kita tahu hakikatnya wanita tersebut sememangnya berambut panjang dan untuk mengelakkan rambutnya mengurai sehingga menampakkan rambutnya di sebalik tudung, adalah harus mereka bersanggul bagi mengelakkan rambutnya kelihatan.

Namun, hukum bersanggul akan jatuh Haram sekiranya wanita menyambung rambutnya dengan rambut palsu atau menyanggul dengan rambut palsu. 

Berikut adalah beberapa dalil dalam pengharaman menyambung rambut dengan rambut palsu :

Dari Asma R.A berkata, “Seorang wanita datang kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk bertanya, ‘Ya Rasulullah, aku mempunyai seorang anak perempuan yang akan kawin. Ia ditimpa penyakit campak sehingga rambutnya rontok. Apakah aku boleh menyambung rambutnya?’ Rasulullah S.A.W menjawab, ‘Allah melaknat orang yang menyambung rambutnya dan yang meminta disambung (minta disanggul).” (Muttafaq alaihi) 

Aisyah R.A berkata, “Ada seorang budak perempuan dari Anshar telah menikah, tetapi ia dalam keadaan sakit, yang menyebabkan rambutnya rontok, lalu para keluarganya ingin menyambungnya. Namun sebelumnya mereka bertanya dulu kepada Rasulullah S.A.W. Setelah mendengar pertanyaan itu, beliau melaknat orang yang menyambung rambut dan yang minta disambungkan.” (Muttafaq alaihi)

Semoga entri ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan bagi mereka yang terus menjatuhkan hukum Haram kepada mereka yang bertudung sanggul tinggi. Bukan aku nak tunjuk pandai tetapi ilmu ini adalah hak Allah S.W.T dan kita semua harus menyampai-nyampaikan mana yang benar. Semoga kita memperoleh manfaat daripadanya.

Apa-apapun, kita perlu bersederhana dalam keghairahan berfesyen. Janganlah keterlaluan. Hayatilah semangat wasatiyyah yang diterapkan di dalam sambutan Maulidur Rasul 1434 tempoh hari dan sesungguhnya Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah.

Yang benar datangnya dari Allah S.W.T, mana yang salah dan silap datangnya dari diri aku sendiri.

Wallahuaklam.

31 comments:

  1. saya memang tak bersanggul sebab rambut kemetot je hihi

    ReplyDelete
  2. kalau tak ada sanggul jangan pula beli yg dah siap tu..buat apa, nak tunjuk?..kalau dah beli dan nak pakai jgk, biarlah dipakai ke bawah/blakang kepala sikit (tak nampak bonggolnya). kalau itu boleh mengiurkan lelaki...lebih baik jangan! *(tanya suami anda!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak Haram selagi ianya dipakai mengikut syariat Islam, menutup aurat, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak membangkitkan syahwat kepada bukan mahramnya.

      Delete
  3. sebaiknya x perlulah nak berbonggol-bonggol tu kan.. pakai tudung mcm biasa je kan lebih bagus... bila ada kelainan sikit pasti tujuannya utk menunjuk.. Waallahualam.. lebih baik kita mengelakkan... bersederhana je x kira dlm apa jua perkara itu adalah yg terbaik...

    ReplyDelete
  4. tAapi kalau berpakaian tetapi seolah2 bertelanjang tetap haram kan walaupun faktor yang kedua dan ketiga xde.

    ReplyDelete
  5. AFIFUDINSOHAINI : SAYA MENERANGKAN DALAM KONTEKS BERSANGGUL TINGGI. YA, MEMANG BENAR SUDAH TERANG LAGI NYATA SEKIRANYA BERPAKAIAN TETAPI SEPERTI TELANJANG SUDAH HARAM HUKUMNYA. SAYA CUMA MENEKANKAN BAHAWA DALIL TERSEBUT TERUS MENGHUKUM MEREKA YANG BERSANGGUL TINGGI ADALAH HARAM WALAU HAKIKATNYA MEREKA TIDAK MELAKUKAN ELEMEN YANG PERTAMA DAN YANG KEDUA ITU.

    ReplyDelete
  6. adalah lebih baik bersederhana dalam berpakaian... tidak terlalu mengikut fesyen2 nie..

    adalah lebih baik buat sesuatu yg Allah suka.. dari kita buat sesuatu utk menarik perhatian utk org lain suka bila melihat diri kita.. tapi, boleh menyebabkan Allah murka dengan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA HANYA MENEKANKAN BAHAWA RAMAI ORANG MENJATUHKAN HARAM BAGI MEREKA YANG BERTUDUNG DAN BERSANGGUL SEDANGKAN IANYA ADALAH TIDAK HARAM.. DAN SAYA TETAP SOKONG KALAU WANITA BERSEDERHANA DI DALAM BERFESYEN..

      Delete
    2. Berpakaian sperti telanjang boleh la ye sebab x cukup ketiga-tiga elemen? oh..bru tahu..pelik la ustaz ni

      Delete
  7. sape nme ustaz tuu ??? kat mana kw dgr/tgok ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA MENDENGAR CERAMAH USTAZ KAZIM ELIAS MELALUI YOUTUBE.. TAK PASTILAH SEKIRANYA USTAZ KAZIM ELIAS SALAH TAFSIR ATAU KAMU YANG LEBIH ARIF... MOHON PENCERAHAN SEKIRANYA TIDAK BERSETUJU.

      Delete
    2. Dengar ceramah dari youtube ja..... nape tuan tak berguru ...

      Delete
  8. Nak video ustaz kazim tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BOLEH CARI DI YOUTUBE.. SAYA PUN DAH LUPA TAJUK APA.. LAMA DAH ENTRI TU..

      Delete
  9. saya kurang yakin dengan entri ini. apapun, kepada pembaca lain yang tidak pasti (kurang yakin sama seperti saya), sila rujuk ustaz/ustazah berdekatan.. Jangan rujuk sembarangan orang.

    ReplyDelete
  10. Ambek yg jernih buang yg keruh

    ReplyDelete
  11. Ambek yg jernih buang yg keruh

    ReplyDelete
    Replies
    1. AIK... 2 KALI KOMEN YANG SAMA.. SALAH TEKAN LE NI..

      Delete
  12. Jauhkan diri dr perkara yg haram itu lebih baik

    ReplyDelete
  13. Perkara ini termasuk dalam perkara yang dilakukan oleh ahli neraka dan orang yang terlaknat, jadi buat apa nak ikut? Apa salahnya kalau tak bersanggul tinggi? Memudaratkan ker? Mengaibkan ker?
    Dizaman kita dapat melihat orang berkejaran ke neraka sedangkan mereka tahu. Jauhkanlah diri dari mereka.

    ReplyDelete
  14. Rasulullah bersabda: "Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat." (Riwayat Ahmad)
    LAGI NAK CAKAP TAK HARAM?

    ReplyDelete
  15. saya faham apa yg admin smpaikn.
    rambut saya paras pinggang. bila disanggul walaupun rendah tetap nampak jelas sanggulnya. bkn suka2 nk sanggul. kalau x disanggul rambut akan keluar. tapi saya tetap usahakn x bsanggul tinggi. rasa2 ramai wanita berambut pjg hadapi perkara yg sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana faham.. Ada orang tak baca habis..

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.