Tuesday, January 8, 2013

JANGAN SAMPAI JADI BEGINI WAHAI SAUDARA SEAGAMA ISLAMKU...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Orang-orang politik yang beragama Islam sama ada berkopiah putih atau bersongkok, tolonglah berasa amat prihatin kepada agama Islam kita yang suci ini. Jangan sekadar untuk mencari 'political mileage', sehinggakan Datuk Seri, Datuk-Datuk, Yang Berhormat sekalian sanggup untuk menggadaikan kesucian agama Islam kita dengan di sama-samakan dengan agama lain.
 
Ahli politik yang beragama Islam masing-masing kata menegakkan Islam. Yang di sini mengatakan negara ini negara Islam, di sana pula mengatakan memperjuangkan Islam, namun apabila pihak lain mahu menggunakan perkataan Allah di dalam agama mereka, kita hanya bertelagah sesama sendiri. Di manakah tindakan kita? Kita yang mempunyai kuasa di dalam negara, undang-undang kita yang luluskan tetapi mengapa kita takut laksanakan undang-undang.
 
Allah itu Esa, satu tiada duanya. Namun sanggupkah kita lihat agama lain juga menggunakan perkataan Allah sebagai tuhan mereka? Sekiranya mereka benar-benar mahu beriman dengan Allah, itu merupakan perkara yang digalakkan, namun jika mereka hanya mahu menggunakan perkataan Allah di dalam gereja, itu patut kita sangkalkan.
 
Mahukah suatu hari nanti kita mahu di Malaysia mempunyai gereja yang sebegini?
 
 
Sumber : Google Image
 
Sumber : Google Image

Kita yang sudah besar panjang ini pun agak sukar untuk menerimanya, apakan lagi kalau ada budak-budak yang melihatnya. Mahunya nanti budak-budak kecil akan berkata tuhan kita dan tuhan dia sama sahaja pasal menggunakan perkataan Allah.
 
Sekali lagi, saya menyeru (atau ada yang bersetuju dengan saya) agar orang-orang Islam di Malaysia ini perlu bersatu padu, bermuafakat, bermesyuarah sesama kita bagi memastikan Islam dan orang Islam tidak boleh dipermain dan diperkotak-katikkan oleh pihak lain. 
 
Andai kata politik orang-orang Islam lagi memecahbelahkan Islam, apa guna berpolitik??? 


13 comments:

  1. "Allah" dalam konteks Kristianiati adalah sama jugak mcm Tuhan. mungkin sebab zmn dulu2 org tak tau nak terjemahkan tuhan ke dlm bhs melayu tu yg pinjam dari org Islam. Sebutan pun tak sama idham nye. "Allah" ni bila org Kristian sebut bunyi macam "Alah" tak pekat mcm korang.

    I know why uols bising2. sebab takut ramai Islam murtad sbb keliru dgn penggunaan Allah. I mean, kalau iman kuat di dada, takkan ada murtad nye. habis yang Kristian masuk Islam, bukan murtad jugak namanya?

    Ini bukan negara ISlam. ini negara sekunder. itu yg korang salah. hendak mengIslamkan sesebuah negara. kalau ini negara Islam, takkan arab2 sana sanggup dok KL semata2 nak pakai hot pants dan jadi sundal. ISlamkah Malaysia?

    rogol judi arak zina tak puasa, korang jugak yg lebih2.. tak caya? pegilah tengok statistik jenayah.

    Orang Melayu Islam di sarawak adalah contoh terbaik, mereka menghormati semua bangsa dan agama. orang Semenanjung anti sana sini dengan membabi buta. tpi ilmu masih senipis kulit bawang.

    artis malaysia majoriti Melayu Islam. Kenapa tak suruh Dato Siti stop nyanyi, kan nyanyi itu AURAT???

    Ketam nak ajar aanak berjalan betul, sendiri jalan senget...


    ReplyDelete
    Replies
    1. AGAMA AKU, AGAMA AKU, AGAMA KAMU, AGAMA KAMU.. TAK PAYAH NAK SUSAH PAYAH NAK GUNA PERKATAAN ALLAH JUGA...!

      Delete
    2. TAK PAYAHLAH NAK SPIN 360 DARJAH..

      Delete
  2. Sy agak setuju juga dgn komen Anon di atas. Apa pun, doakan kesejahteraan umat manusia di seluruh dunia dan semoga Allah permudahkan urusan kita semua!

    ReplyDelete
  3. bersatu padulah wahai ummat Islam.. jgn sampai tergadai agama sendiri

    ReplyDelete
  4. Manusia,mudah berpecah belah kerana nafsu, kaum bangsa suku suku, kepercayaan, mahzab dan adakalanya hanya kerana hal2 tak masuk akal...., itulah manusia, sentiasalah kita yang beragama Islam berada di landasan yang sepatutnya, sewajarnya semua yang berbilang juga wajib menjaga negara ini dengan baik dan bukannya menjadi pembelot dengan mewarga-negarakan dan merakyatkan orang asing hanya kerana nafsu..... selagi tiada ketegasan dalam undang2 yang digubal selagi itulah semuanya mudah dipermainkan...., macam lari tajuk jer bunyinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana2 undang2 pun orang langgar bang.. Yang penting setiap individu kena main peranan dalam diri sendiri.

      Delete
  5. sama2 kita pertahankan dan bersatu agar ia tidak akan terjadi...

    ReplyDelete
  6. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=393999930689620&set=a.369224159833864.89404.369187289837551&type=1&theater

    kita mempertahankan perkataan Allah...kerana kita tak nak perkara yg hampir sama berlaku kat negara indonesia sekarang nie...

    kita tak kan nampak keburukannya sekarang,,, tapi kita akan nampak kesannya di masa akan datang....

    cukuplah kita lihat apa yg berlaku di indonesia sekarang... jadikan sebagai iktibar dan pengajaran buat kita....

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.