Monday, July 30, 2012

TIN MILO BARU BERWAJAH 1950-AN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini memang ada berniat untuk memburu koleksi Milo di sebuah pasaraya di pinggir bandaraya Melaka, setelah mendapat info dari rakan seperjuangan. Namun, benda yang dimaklumkan tiada dalam pasaran, sebaliknya sesuatu yang amat menarik dan tidak dijangka telah saya jumpai iaitu tin Milo baru tetapi berwajah 1950-an.

Tin Milo tersebut ialah tin Milo 1.7 kilogram dan didapati ada 3 corak yang berlainan yang juga corak-corak lama. Hasrat di hati untuk membeli ketiga-tiga corak, tapi fikir sekarang nak "save budget" untuk Hari Raya, jadi saya ambillah sebuah sahaja dulu. Harap-harap nanti dapat beli lagi.

Jom layan sama-sama tin Milo baru versi 1950-an ini.

Tin ini sebenarnya untuk 1.5 kg tetapi ada percuma 200 gram

Terserlah corak lamanya

Siap ada cap "limited edition"

1950-an tetapi berwajah baru

Gambar orang sedang memikul seekor lembu

27 comments:

  1. bro, ini keluaran 2012 ke? kat sini tak ada lagi pun, kalau ada kena rembat...

    ReplyDelete
  2. IARYYLR : YE BANG.. BARU BELI TADI DI ECONSAVE..

    ReplyDelete
  3. tin lama berwajah baru ker?menarik nih

    ReplyDelete
  4. KELUARAN BARU TETAPI IKUT DESIGN LAMA..

    ReplyDelete
  5. uish... cantik dan unik la.. kenapa tk nampak lagi kat tempat saya ni..

    ReplyDelete
  6. BONI : SAYA DAPAT DI ECONSAVE...

    ReplyDelete
  7. Kalau aku jd ko.. Konpem aku beli 3 3, apa nak jd pastu jdlah!! Hahaha... Kalau abis dah putih mata... ;)

    ReplyDelete
  8. AFZAL : ORANG RUMAH ADA TADI.. KALAU TAK, AKU DAH BELI ..

    ReplyDelete
  9. pergh.. berminat aku.. memg nak juga dptkannya.. limited edition ke ni..

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum & Salam Ramadhan ^^,

    Teringat zaman budak2 dulu .. kalau ada tin milo camni, suka celop tangan basah2, pastu ratah je milo tu .. Hehehehe ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAALAIKUMUSLAM.. HEHE, DULU MASA KECIK2 SAYA PUN SUKA RATAH MILO..

      Delete
  11. uish saya tak pernah tengok ok corak macam ni. hanya di blog fairus. hehe

    ReplyDelete
  12. terbaiklah geng...memang fanatik betul kau dengan milo nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. NAK KATA FANATIK.. TAK JUGA. HAMPIR FANATIK JE..

      Delete
  13. wahhh... keluaran baru tp design lama....

    xde plak jumpa kat kl nie... huhu

    ReplyDelete
  14. haha, mmg berbaloi..

    ReplyDelete
  15. Semalam, 1 august saya da beli dekat jusco one utama, petaling jaya.. harganya lebih murah dari milo biasa tin 1.5 kg. Saya beli 1.7kg milo tin limited edition nie utk rm28.xx tak ingat brape sen. kalau tin biasa 1.5 kg, harga dah hampir rm30, kekadang lebih mahal lagi. mungkin jugak sebab saya guna jusco member card, ade special price.

    Ikut hati nak beli semua jenis. yang available smalam version 50an, 70an, 90an dan 2012. Tp rumah kecik, kalau beli 4 tin, penuh kitchen kabinet.

    Memang unik la tin nih... Saya suke!

    ReplyDelete
    Replies
    1. AISEYMAN.. ADA YANG TERLEPAS LAGI KE? 90-AN DAN 2012 SAYA TAK DAPAT LAGI.. KENA CARI JUGAK NI..

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Terbaikla bro, rekaan 1970 pun cun jugak dengan logo Milo 70an tu..

    ReplyDelete
  18. SHOOTBIRDHERO : 1070-AN PUN DAH DAPAT.. :)

    ReplyDelete
  19. helo bro, saya dah dapat tin 50an tu kat econsave.hanya ada 2 design sahaja,50-an dan 70-an.Tak nampak pula design 90an.Mug milo pn ada keluar,tengah riki kat mana nak cari

    ReplyDelete
  20. NIKTHS : PERSOALAN ABANG SAYA DAH JAWAB DI BLOG ABANG..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.