Monday, April 23, 2012

WOW... HEBAT!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 21 April 2012 yang lepas, saya berpeluang untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak MSSM Melaka kawasan Tanjong iaitu antara Sekolah Kebangsaan Lereh, Melaka dengan Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai Melaka. Perlawanan Akhir tersebut telah dimenangi oleh S.K. Lereh dengan jaringan 2 - 0.

Apa yang nak dibanggakan ialah kerana 4 orang anak buah saya turut menyertai perlawanan tersebut. Mereka adalah Muhammad Nizarruddin, Muhammad Aidil Nuruddin, Muhammad Daniel dan Muhammad Nur Asyraf. Biasalah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.  


MSSM Kawasan Tanjong. S.K Lereh Juara. Terbaiklah... Sekolah  Lama Saya Dulu NI.. :)


Ini Dia Ketua Pasukan, Nizar. Juga Merupakan Penjaring Gol Di Perlawanan Akhir.


Asyraf @ Arab... Pemain Gantian Di Akhir Perlawanan Separuh Masa Kedua. Orang Penting Di Separuh Akhir. Gol Tunggalnya Melayakkan S.K. Lereh Ke Perlawanan Akhir. Cayalah...


Aidl.. Bolehlah Tahan. Tapi Lembik Sikit. Bagus Untuk Permulaan...


Daniel... Stopper Terbaik. Timing Dia Pun Ok.


Ini Dia Pewaris Aku Dan Abang-Abangku.. Majulah Sukan Untuk Keluarga Haji Mamat.. :)





10 comments:

  1. hebat2. bleh jadi safee sali nanti. hehe

    ReplyDelete
  2. wah, mmg hebat... penyambung legasi ni kan :)

    ReplyDelete
  3. Bolehlah cube nsb utk Soccerkids t eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. FARA : YANG SI KAPTEN TU DAH BEBERAPA KALI MASUK SARINGAN SOCCERKIDS. MAIN OK, TAPI SAIZ KECIL..

      Delete
  4. wah bagus mcm nih...legasi harus diteruskan, pcl hanya mampu setakat wakil daerah jer....heh , saiz kecik bukan peghalang dan juga bukan alasan.., kecik2 memang licik !!

    ReplyDelete
  5. apa kata kasi kat mug mereka berempat... pasti menarik :)

    ReplyDelete
  6. PCL : MEREKA LIHAT SAIZ BADAN DARIPADA BAKAT.. NAK BUAT CAMNE.. DIORANG TAK TAHU KE YANG SI LIONEL MESSI TU BADANNYA KECIL SAJA..

    ReplyDelete
  7. IARYYLR : MUG APA NAK BERI KAT MEREKA TU.. MUG MILO, SORRY.. TAK BOLEH.. :)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.