Tuesday, March 13, 2012

ADA APA PADA PALESTIN?




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tak habis-habis dengan isu Palestin. Apa yang negara itu ada sehingga begitu kejam dilakukan oleh Rejim Zionis Israel? Baru-baru ini kita sekali lagi digemparkan dengan serangan Israel terhadap penduduk Palestin. Kononnya ia adalah sebagai tindak balas kepada Palestin yang telah melepaskan 200 roket ke arah Israel. Apa yang saya baca melalui berita Israel, mereka mendakwa telah telah diserang dengan lebih 200 roket dari Palestin yang memusnahkan sekolah dan memberikan kecederaan kepada kanak-kanak. Ini berita dari Israel, tidak pastilah kebenarannya.

Namun, begitu hebat pula serangan balas yang dilakukan oleh pihak Israel terhadap Palestin dengan mengorbankan banyak nyawa orang yang tidak berdosa. Benarlah apa yang saya dengar dari Tun Mahathir, baru-baru ini pada Jelajah Keamanan Negeri Melaka (Waqaf Water 4 Gaza), yang menerangkan bahawa Israel akan bertindak beganda-ganda kejamnya apabila kawasannya diserang. Dan terbukti, ianya benar belaka.

Mengapakah kuasa-kuasa besar dalam United Nation tidak mengambil tindakan terhadap Israel ini? Mereka semua seakan takut dengan Israel dan sekutunya Amerika. Apatah lagi, memang kebanyakkan kuasa-kuasa politik dan ekonomi dunia dikuasai oleh bangsa Yahudi. Jadi, mungkin sebab itu mereka semua tidak dapat mengambil tindakan terhadap Israel.

Ingat... Keganasan Israel ini bukanlah kerana agama. Sekiranya melibatkan agama, masakan penduduk Palestin yang beragama Kristian juga menjadi mangsa? Ini adalah jenayah kemanusiaan. Jenayah kemanusiaan yang paling sadis pada masa kini. Israel haruslah didakwa di atas tindakan kejamnya terhadap Palestin sejak sekian lama.

Agak-agaknya apa yang ada pada Palestin? Sebagai renungan bersama, saya tuliskan semula beberapa fakta mengenai Palestin masa kini yang saya perolehi semasa menjalankan Pameran War Is A Crime. Sama-sama kita renung-renungkan.

a) Penduduk Gaza adalah 1.6 juta dengan anggaran melebihi 50% di bawah umur 18 tahun.

b) 80% darinya bergantung pada bantuan antarabangsa.

c) 61% mengalami pemakanan terhad.

d) Kadar pengangguran dalam lingkungan 39%, antara tertinggi di dunia.

e) Gangguan bekalan elektrik berlarutan selama 4-6 jam sehari dan sering kali lebih lama.

f) 60% menerima bekalan air hanya sekali setiap 4 atau 5 hari untuk 6-8 jam.

g) 50 ke 80 juta liter air kumbahan separa atau tidak dirawat langsung dilepaskan ke dalam laut setiap hari.

h) Lebih kurang 90% air yang dibekal ke penduduk Gaza tidak boleh diminum dan dicemari garam serta nitrat.

i) 78% dari kerosakan rumah yang terjejas akibat Operation Cast Lead masih belum dibina semula.

j) 38% penduduk Gaza hidup dalam kemiskinan.

k) 26% tenaga kerja Gaza, termasuk 38% belia, tidak mempunyai pekerjaan.

l) Purata gaji merosot lebih dari 20% dalam enam tahun lepas.

m) 54% penduduk Gaza tidak cukup pemakanan dan lebih dari 75% bergantung kepada bantuan.

n) 35% tanah ladang dan 85% dari perairan untuk menangkap ikan adalah separa atau secara keseluruhan tidak boleh diakses akibat sekatan tentera Israel.

o) Lebih dari 90% air dari akuifer Gaza tidak boleh diminum.

p) 85% dari sekolah-sekolah Gaza beroperasi dalam dua syif.

q) Lebih kurang satu per tiga barangan dalam senarai ubata-ubatan penting kehabisan stok.

Dahsyat sungguh penderitaan yang dialami oleh warga Palestin. Lebih-lebih lagi di Gaza. Mereka diibaratkan seperti hidup di dalam penjara terbesar dunia, di mana hidup di dalam kepungan Israel. Nak bergerak ke sini ke situ tidak boleh sesuka hati. Silap-silap ditembak oleh tentera Israel. Tidak cukup kejamkah itu?

Palestin adalah diri kita. Sakit Palestin, sakit juga kita. Jangan kita hanya melihatnya sahaja tanpa ada rasa belas kasihan. Sekiranya ada tabung bantuan untuk rakyat palestin, hulurlah bantuan walaupun tidak seberapa. Ingatlah, kebanyakkan dari mereka hidup dengan bantuan antarabangsa. Iaitu bantuan dari kita.

Besar harapan... Agar Palestin kembali aman...

11 comments:

  1. semoga bumi palestin akan aman..

    ReplyDelete
  2. GEDEK : YA PAK.. HARUS DIPEDULI..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum bro

    PBB dh tak relevan...patutnya kuasa veto yg 5 tue dah dihapuskan....inilah salah satu sebab zionis berani mengganas...

    ReplyDelete
  4. SAHROM : WAALAIKUMUSALAM..

    MEMANG TAK RELEVANPUN BPP TU.. MACAM PATUNG SAJA.. KALAU KENA PADA HIDUNG SENDIRI BARU NAK BERTINDAK.. HANCURR..

    ReplyDelete
  5. kalu umat Islam BERSATU, insyallah pasti AMAN!

    ReplyDelete
  6. semoga umat Islam lebih bersatu agar dunia lebih aman.insyaAllah.

    ReplyDelete
  7. kekadang tak sanggup tgok berita psl Gaza sbb sgt2 menyedihkan, tpi tu lah yg meginsafkan, kan...

    ReplyDelete
  8. Isu palestin mmg tak pernah berakhir.tak tahu nak salahkan siapa.tapi kita sesama Islam jangan pernah berhenti berdoa buat mereka..semoga Allah melaknat Israel...dan memberi keamanan buat palestin..amin

    ReplyDelete
  9. MADAM : YA BENAR, BERSATU TEGUH.. BERCERAI ROBOH..

    SANG RATOO : YA BENAR, BERSATU TEGUH.. BERCERAI ROBOH..

    MAMNORIZ : BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKULNYA...

    AIRANIEZ : SEMOGA IMPIAN PALESTIN TERLAKSANA...

    ADUH... SEDIHLAH KALAU MEMIKIRKAN HAL PALESTIN NI..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.