Thursday, March 10, 2011

CARA BERMAIN PERMAINAN BALING TIN

Permainan ini dimulakan dengan menyusun tin-tin kosong dari bahagian bawahnya dengan susunan empat, tiga, dua dan satu. Pemain pula dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan penyerang dan pelontar.

Kumpulan pelontar akan memulakan permainan dengan wakil pasukan akan melontar bola mengenai susunan tin. Sekiranya tin itu jatuh, pasukan pelontar akan lari untuk mengelak balingan dari pasukan penyerang.



Dalam masa yang sama, pasukan pelontar harus menyusun semula tin yang berselerak ke susunan asal. Sekiranya berjaya menyusun tin tersebut, maka kumpulan pelontar mendapat satu mata. Selepas itu, permainan dimainkan semula.

Namun sekiranya kumpulan penyerang berjaya membaling bola ke arah anggota badan pasukan pelontar, maka orang yang terkena balingan itu akan dikira mati.

Permainan Baling Tin

25 comments:

  1. Permainan ni ntah berasl dr suku kaum apa. Tapi kalau versi kami budak2 di sabah ni penyerang tu melempar tin dengan selipar. Satu sj selipar boleh diguna utk melempar. Susunan tin pula cuma pd formasi 3,2,1. Pasukan pelontar ada mesti seimbang jumlahnya dgn pasukan penyerang. Setiap pasukan juga ada satu orang yg tukang tulis mata yg sudah dipungut.

    ReplyDelete
  2. dah lama tak main game ni.. rasa cam nak kembali ke zaman budak2 hingusan aje... seronok baling selipar kat orang.. tapi kita org letak syarat baling kat area kaki...

    ReplyDelete
  3. wah!!! dulu ms bebudak suka main nie..sampai senja pastu siap mak sebat lg huhuhuhu
    ko telah kembalikan memori itu huhuhuhh

    ReplyDelete
  4. TARABASSING : SAYA MERUJUK KEPADA TERBITAN JABATAN MUZIUM MALAYSIA.. MEMANG DULU MENGGUNAKAN SELIPAR MASA MEMAINKAN PERMAINAN INI. TAPI ADA JUGA YANG MENGGUNAKAN BOLA (BOLA TENIS)

    FAAEIN : MEMANG SERONOK PERMAINAN INI.. SABAGAI PEMELIHARA WARISAN INI (WARISAN TIDAK NYATA) PERMAINAN INI TETAP DIMAINKAN OLEH WARGA MUZIUM.. ADA JUGA PERTANDINGAN DIADAKAN..

    SAHROM : BIASALAH TU.. SAYA DULU PON TERUK KENA BANTAI KALAU MAIN SAMPAI TAK INGAT MAGHRIB..

    ReplyDelete
  5. febret masa kecik2 dulu..skang dh pupus..bdk2 skang main ps, fesbuk bagai

    ReplyDelete
  6. ALIM : BETUL TU.. TAPI BEBUDAK KAMPUNG ADA MAIN LAGI NI..

    ReplyDelete
  7. Dulu2 masa skolah rendah mmg sker main baling tin nih. bl dh skolah menengah..malu plak dh nak main..:)

    ReplyDelete
  8. SAYA MAIN KAT KAMPUNG JE DULU.. TAK TAK SELALU..

    ReplyDelete
  9. ini merupakan permainan cikgu tie masa kecil dulu.sekarang nie susah dah nak jumpa budak2 main permainan nie.Best...berpeluh basah baju selepas main.

    ReplyDelete
  10. CIKGU TIE : MEMANG GLAMOR DULU PERMAINAN NI.. TAPI SAYA KURANG MAIN BENDA NI.. HEHE.. KALAU BERMAIN MESTILAH BERPELUH CIKGU.. KALAU TAK BERPELUH BUKAN BERMAIN NAMANYA..

    ReplyDelete
  11. thx for the info.. searching info smbil menabung... thx u.

    ReplyDelete
  12. saya ajar murid saya main haritu ada bdk2 ni kta "cikgu esk main lg yer.." seronok le tu dorang..

    ReplyDelete
  13. ANON : MEMNG SERONOK PERMAINNAN NI.. ;)

    ReplyDelete
  14. terima kasih akhirnye dpt siapkan kerja khusus

    ReplyDelete
  15. terima kasih dpt jugak siapkan kerja khusus

    ReplyDelete
  16. kalau ikut logikkan..

    Pihak PENYERANG harus memusnahkan tin, lalu pihak kedua iaitu PEMBINA harus membina semula tin yg telah dimusnahkan, maka pihak PENYERANG harus mematikan pihak PEMBINA dari menyusun semula tin tersebut dengan mengunakan selipar yg sama..

    ReplyDelete
  17. 👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.