Thursday, December 30, 2010

AKU NAK BAGI 2 BAUCER HOTEL PERCUMA


Nampak tak baucer di atas. Aku nak bagi percuma kepada sesiapa yang berminat untuk melancong ke Melaka. Baucer ini adalah dari hotel yang terkemuka di Melaka. Jadinya, sebagai orang Melaka, aku rasa aku tak perlukan ini. Aku mahu bagi kat korang yang berminat. Dari aku tak guna, lebih baik bagi kat korang. Ada 2 tiket, jadi aku mahu 2 orang yang dapat membuat slogan yang paling kreatif di bawah ini, akan aku beri baucer ini.





Korang boleh baca dengan jelas term and condition di gambar dengan klik untuk paparan yang lebih besar. Slogan yang perlu dibuat ialah :

Saya mahu melancong ke Melaka kerana ..... (berapa patah perkataan pun takpe) --> hanya perlu buat komen pada entry ini.

Syarat lain --> hanya perlu jadi follower aku.

Aku akan pilih 2 orang yang layak dan terus akan mengepos baucer ini kepada para pemenang.

10 comments:

  1. Saya mahu melancong ke Melaka kerana ingin melakarkan kenangan paling manis berbulan madu di sana sambil melawati salah sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di Malaysia dengan keunikan warisan budayanya yang tersendiri... :) boleh gitu...

    ReplyDelete
  2. Nasazfrog : Boleh.. Akan dipertimbangkan..

    ReplyDelete
  3. TAK PER LAH BRO, AKU BAGI CHANCE KAT MEMBER LAIN (AYAT MACAM KALAU AKU MASUK GERENTI MENANG JER..HAHA)LAGIPON MELAKA TUUUUU...AKU PERAQQQQ

    ReplyDelete
  4. Saya mahu melancong ke Melaka kerana saya sememangnya sangat teruja dengan keunikan yang terdapat di negeri... dilengkapi dengan segala-galanya. Walaupun sering mengunjungi Bandaraya Warisan Dunia ini namun hati saya sudah begitu terpaut kerana Melaka adalah segalanya...

    ReplyDelete
  5. Amry : Join ler.. Mana tau ko pemenangnya.. :)

    Panglima Hitam : Mau join jugak? Bagus2.. :)

    ReplyDelete
  6. Perhatian. Telah ditutup. Peserta yang layak menerima ialah "nasazfrog"

    ReplyDelete
  7. FADHEELA : DAH LAMA TUTP LER,...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.