Thursday, July 7, 2011

TAYANG BONTOT SATU KEBANGGAAN BAGI GADIS MELAYU SEKARANG

Di manakah perasaan malu di kalangan anak-anak gadis Melayu sekarang? Kalau kita lihat kembali pada zaman dahulu, gadis melayu ini merupakan gadis yang pemalu, bersopan santun dan berbudi bahasa. Tapi mengapakah kini mereka dilihat tidak lagi seperti dahulu?

Semasa kita memandu kenderaan, pastinya akan sekali sekala ternampak gadis Melayu yang membonceng motorsikal dengan memakai pakaian yang seksi sehingga ada kalanya menampakkan bontot dan seluar dalam dan ada yang hampir terlondeh terus seluar yang dipakainya. Tidak malukah mereka ini? Begitu murah maruah mereka ini sehinggakan sanggup memperlihatkan apa yang dimiliknya untuk tatapan umum.

Bukan saja semasa membonceng motorsikal, semasa duduk di tempat umum juga ada anak-anak gadis Melayu ini yang gemar menampakkan bontot mereka. Ada yang menyatakan bahawa ianya tidak sengaja. Kalau tak nak tidak sengaja, mengapa memakai pakaian yang pendek dan sendat? Sudah pastilah ia akan menampakan apa yang mereka patut tutupi itu.

Mungkinkah mereka ini kurang atau tidak memiliki didikan agama yang secukupnya? Atau mungkinkah ibu bapa mereka tidak kisah anak-anak mereka berpakaian sedemikian rupa. Subhanallah... Cukup-cukuplah. Bagi anak-anak gadis yang diluar sana, sama-samalah menjaga akhlak dan aurat masing-masing. Dunia ini semakin tua, dan ianya tempat yang sementara sahaja bagi kita dan akhirat jualah tempat yang kekal buat selamanya.

Sesungguhnya menjaga aurat itu wajib. Islam telah menetapkan hukuman-hukuman yang begitu berat bagi mereka yang mendedahkan aurat. Sedangkan mereka yang tidak menutup rambut (memakai tudung) begitu berat siksaannya, inikan pula menayangkan bahagian-bahagian sulit yang lain. Masyaallah, begitu berat siksaan Allah, tapi kita tetap melakukannya. Kebalkah kita? Tepuklah dada dan tanyalah iman.




Wednesday, July 6, 2011

CARA / GAYA HIDUP ORANG KEDUA TERKAYA DI DUNIA

Warren Buffet, jutawan dunia

Bermula dari sekarang. Kalau lambat-lambat bila nak kaya?

Tak tau nak kata, kaya ke kedekut ni...

Sangat merendah diri...

Cari orang yang boleh dipercayai...

Ringkas tapi mendalam...

Peh... Mesti tak suka diganggu...

Erm...

Nasihat yang berguna...

Lagi nasihat berguna...

Live is simple...





Friday, July 1, 2011

TAK KUSYUK KERANA TELEFON BIMBIT

Masjid adalah tempat masyarakat Islam menunaikan solat dan pelbagai aktiviti keagamaan. Masjid juga kini dijadikan tempat mengakad nikah bagi pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga. Begitu juga pada hari Jumaat, masjid menjadi pusat tumpuan ramai kerana ingin mendirikan solat Jumaat dan yang pastinya hari Jumaatlah masjid dapat menerima pengunjung yang ramai setiap minggu.

Dalam menghadirkan diri untuk menunaikan solat Jumaat, kita hendaklah peka dan tidak lupa untuk memastikan kita memadamkan telefon bimbit atau menukarnya kepada mod senyap. Ini adalah kerana ia akan menganggu jemaah lain. Sekiranya telefon tersebut berbunyi pada waktu khutbah, ia boleh dimaafkan lagi, tetapi sekiranya ia berbunyi semasa jemaah sedang bersolat, bukankah ia menganggu jemaah lain untuk bersolat. Mungkin juga sesetengah jemaah tidak dapat kekusyukan dalam mendirikan solat dek kerana gangguan bunyi nada telefon bimbit.



Ada masjid di mana bilalnya yang akan mengingatkan makmumnya untuk mematikan telefon bimbit sebelum solat Jumaat, tetapi ada juga yang tidak berbuat demikian. Jadinya, kita sendiri mahu ingat dan tidak lupa untuk mematikan telefon bimbit semasa masuk ke dalam masjid. Bukan apa, takut kita terpaksa menanggung dosa kepada makmum yang tak kusyuk melakukan solat kerana gangguan nada dering telefon bimbit.

Sama-samalah kita saling ingat mengingati kerana perkara ini terlalu kerap berlaku. Bukan sekali sekala saja. Kalau kita ke masjid untuk menunaikan solat, boleh kata setiap minggu ada gangguan bunyi nada dering telefon bimbit. Kalau deringnya biasa-biasa tidak mengapa, kena pula nada dering lagu yang kita suka. Memang tak kusyuklah jawabnya.

Oleh itu, saya menyeru pada diri sendiri dan semua pembaca agar sentiasa ingat dan peka. Kalau nak pergi masjid untuk tunaikan solat Jumaat atau apa-apa solat sekalipun, matikanlah telefon bimbit anda terlebih dahulu. Anda mampu mengubahnya.