Monday, June 20, 2011

ULASAN PERLAWANAN KELAYAKAN OLIMPIK 2012 LUBNAN VS MALAYSIA

Terlebih dahulu diucapkan syabas kepada semua pemain bolasepak Malaysia yang menang ke atas Myanmar dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 18 Jun 2011 yang lepas di mana pasukan Malaysia telah menang dengan jaringan 2 - 0.

Syabas juga diucapkan kepada pasukan bolasepak Olimpik Malaysia yang bermain dengan begitu cemerlang semasa berlawan dengan Lubnan di Stadium Sport City, Beirut, Lubnan. Walaupun tiada jaringan yang dapat dihasilkan namun setiap pemain telah menunjukan prestasi yang memberangsangkan lebih-lebih lagi dalam separuh masa yang kedua.

Pertahanan negara yang diketuai oleh Khairul Fahmi dilihat begitu kental. setiap pemain pertahanan menunjukan disiplin dan kekebalan yang begitu menakjubkan sehingga sukar penyerang Lubnan untuk melakukan serangan. Pujian yang tinggi harus diberikan kepada setiap pemain pertahaan Malaysia.

Begitu juga dengan pemain tengah. Walau agak sedikit leka dalam separuh masa yang pertama, namun mereka telah bangkit pada separuh masa kedua dengan berani memegang dan mengawal bola dengan baik. Dalam aspek hantaran pula, telah banyak hantaran-hantaran yang berkualiti dilakukan dan berjaya melorongkan bola dengan cantik kepada penyerang.

Dalam aspek menyerang pula dilihat penyerang Malaysia sebenarnya lebih banyak menghasilkan cubaan-cubaan yang merbahaya berbanding Lubnan. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia keranan gagal melepasi halangan terakhir penjaga gol Lubnan.

Namun begitu, masih terdapat 90 minit yang kedua yang harus dihadapi di mana Malaysia pula bakal menjadi tuan rumah menentang Lubnan bagi perlawanan kedua pada 23 Jun 2011 ini. diharap pasukan Malaysia dapat mengekalkan prestasi dan terus berusaha lebih gigih bagi memastikan Malaysia dapat mengatasi Lubnan. Insyaallah. Malaysia boleh.




Friday, June 17, 2011

PERODUA MYVI BARU MEMANG TERBAIK

Tak lama lagi Perodua akan mengeluarkan kereta MYVI yang baru. Aku sudah survey website Perodua, perghh.. memang cantik kereta ni. Luar dalam mengancam. Adik aku yang duduk kat KL sudah booking kereta ni dengan abang aku. Beli adik beradik je, abang aku kerja salesman Perodua.


Bagi pendapat aku, kepada sesiapa yang belum ada kereta atau nak menambah kereta bolehlah beli kereta ni. Memang berbaloi. Berlalu di jalan raya pasti ada yang menoleh. Kalau sesiapa nak beli kereta ni, bolehlah contact aku. :)

Kalau nak tahu ciri-ciri terbaru Perodua Myvi yang baru ni, bolehlah tengok kat gambar bawah ni.


Klik untuk besarkan

Sumber gambar : Perodua




Wednesday, June 15, 2011

KENA BIASA KEMUDIAN BARULAH MAHIR

Kita hidup di dunia ini tak terus jadi pandai. Kalau yang jadi Doktor, Peguam, Cikgu dan lain-lain semua itu, kena belajar dulu barulah boleh jadi apa yang dikehendakkan. Jangan kata bidang pekerjaan sahaja, tetapi apa-apa saja perlakuan yang hendak kita buat, kenalah biasakan dulu barulah kita akan mahir.

Sepertimana juga dengan mahasiswa yang baru mendapat ijazah dan mahu masuk ke alam pekerjaan, mereka haruslah diberi peluang untuk menunjukan bakat dan kebolehan mereka sendiri oleh bakal majikan, jangan hanya mementingkan pengalaman. Sekiranya semua majikan mementingkan pengalaman, jawapnya semua peluang pekerjaan yang ada merupakan jawatan untuk mereka-mereka yang pernah bekerja yakni mempunyai pengalaman. Namun begitu, ia terpulang juga kepada majikan kerana mereka yang mengeluarkan wang untuk membayar upah pekerja.

Dalam tanggungjawab membesarkan anak pula, kita kena bersungguh-sungguh memberikan pembelajaran kepada mereka. Sekiranya anak kita sudah tahu membuat sesuatu, teruskan ajar mereka sehinggakan mereka biasa dan terus mahir. Misalannya, dalam mengajar anak kita supaya tak perlu membuang air pada "pampers" tetapi hendaklah membuang air di tandas, ia sememangnya bukan tugas yang mudah, tetapi ia sebenarnya memerlukan masa dan pengajaran yang berterusan sehingga mereka benar-benar mahir dan tidak perlukan lagi tunjuk ajar dari kita.

Sebenarnya kisah biasa dan mahir yang dicoretkan ini bukanlah apa, cuma pengalaman dari diri sendiri juga. Baru-baru ni abang aku ada meminjam kereta aku selama seminggu untuk pulang ke kampung isterinya di Johor Bahru. Kereta aku dan abang aku jenis yang berlainan. Kereta dia Proton dan auto. Kereta aku pula Toyota dan manual. Adalah beberapa berbezaan antaranya "wiper" dia sebelah kanan, aku punya kiri. Lampu isyarat dia sebelah kiri, aku punya pulak kanan. Terasa janggal juga masa mula-mula menggunakan kereta abang aku.

Selepas seminggu aku dapat kembali kereta aku. Apa yang terjadi ialah aku sendiri rasa janggal menaiki kereta aku. Nak bagi lampu isyarat tapi terbuka "wiper" pula, bila nak pasang "wiper' terbagi lampu isyarat pula. Dalam masa tu, aku pun berfikir, dalam masa seminggupun aku sudah lupa untuk membawa kereta aku yang sudah bertahun-tahun aku bawa.

Kesimpulannya, kita memang kena biasakan diri pada sesuatu sebelum kita mahir... :)