Showing posts with label Lubnan. Show all posts
Showing posts with label Lubnan. Show all posts

Monday, June 20, 2011

ULASAN PERLAWANAN KELAYAKAN OLIMPIK 2012 LUBNAN VS MALAYSIA

Terlebih dahulu diucapkan syabas kepada semua pemain bolasepak Malaysia yang menang ke atas Myanmar dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 18 Jun 2011 yang lepas di mana pasukan Malaysia telah menang dengan jaringan 2 - 0.

Syabas juga diucapkan kepada pasukan bolasepak Olimpik Malaysia yang bermain dengan begitu cemerlang semasa berlawan dengan Lubnan di Stadium Sport City, Beirut, Lubnan. Walaupun tiada jaringan yang dapat dihasilkan namun setiap pemain telah menunjukan prestasi yang memberangsangkan lebih-lebih lagi dalam separuh masa yang kedua.

Pertahanan negara yang diketuai oleh Khairul Fahmi dilihat begitu kental. setiap pemain pertahanan menunjukan disiplin dan kekebalan yang begitu menakjubkan sehingga sukar penyerang Lubnan untuk melakukan serangan. Pujian yang tinggi harus diberikan kepada setiap pemain pertahaan Malaysia.

Begitu juga dengan pemain tengah. Walau agak sedikit leka dalam separuh masa yang pertama, namun mereka telah bangkit pada separuh masa kedua dengan berani memegang dan mengawal bola dengan baik. Dalam aspek hantaran pula, telah banyak hantaran-hantaran yang berkualiti dilakukan dan berjaya melorongkan bola dengan cantik kepada penyerang.

Dalam aspek menyerang pula dilihat penyerang Malaysia sebenarnya lebih banyak menghasilkan cubaan-cubaan yang merbahaya berbanding Lubnan. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia keranan gagal melepasi halangan terakhir penjaga gol Lubnan.

Namun begitu, masih terdapat 90 minit yang kedua yang harus dihadapi di mana Malaysia pula bakal menjadi tuan rumah menentang Lubnan bagi perlawanan kedua pada 23 Jun 2011 ini. diharap pasukan Malaysia dapat mengekalkan prestasi dan terus berusaha lebih gigih bagi memastikan Malaysia dapat mengatasi Lubnan. Insyaallah. Malaysia boleh.