Monday, December 27, 2010

MELAWAT KE MELAKA

Di Melaka hujung tahun ni penuh sesak dengan kenderaan berpusu-pusu masuk ke Melaka. Bayangkanlah, dari pintu masuk dari lebuhraya Simpang Ampat dan Ayer Keroh sudah sesak akibat banyaknya kenderaan yang ingin memasuki Melaka. Destinasinya, apa lagi kalau bukan ke Bandar Hilir. Kawasan yang banyak terdapat bangunan bersejarah, pusat membeli belah dan kawasan pelancongan.

Bagi sesiapa yang ingin melawat Melaka aku ingin sarankan beberapa kawasan tarikan pelancong yang boleh dilawati mengikut ketegori.

Sejarah / Warisan :

1. Muzium (ada 23 muzium dan 5 galeri)
2. Kota A' Famosa
3. Bukit St. Paul
4. Bangunan Merah (Studhuys)
5. Jonker Street (Jonker Walk)
6. Perigi Hang Tuah
7. Makan Hang Tuah / Hang Jebat
8. Masjid Kampung Hulu / Kampung Keling
9. Bukit St. John (Bukit Senjuang)
10. Rumah Api Tanjung Tuan
11. Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka
12. Rumah-rumah tradisional (Pengkalan Batu / Bukit Sebukor / Merlimau
13. Bastion Middleburg

Taman / Zoo / Taman Tema Air





1. Melaka Wonderland (Ayer Keroh)
2. A' Famosa Water World (Alor Gajah)
3. Taman Buaya
4. Taman Mini Malaysia
5. Taman Rama-rama
6. Air Panas Gadek
7. Air Panas Bemban

Taman Bunga / Buah-Buahan

1. Taman Botanikal
2. Taman Seribu Bunga
3. Melaka Tropical Fruit Farm
4. Dusun De Paradise

Reakrasi / Hiburan Keluarga

1. Menara Taming Sari
2. Melaka River Cruise
3. Eye On Melaka dan Pirate Park
4. Melaka Monorel
5. Tasik Ayer Keroh
6. Melaka International Bowling Centre
7. Planetrium Melaka
8. Beca Melaka
9. Kereta Lembu Melaka

Pantai

1. Pantai Puteri
2. Pantai Klebang
3. Pantai Tanjung Bidara
4. Pantai Pengkalan Balak

Hotel

1. Hotel Majestic
2. Hotel Renaissance
3. Hotel Equatorial
4. Hotel Holiday Inn
5. Hotel Seri Costa
6. Hotel Naza Talya

Pusat Membeli Belah

1. Mahkota Parade
2. Dataran Pahlawan Melaka Megamall
3. Mydin
4. Tesco
5. Giant
6. Jusco

Makan-Makan

1. Ikan Bakar Umbai / Alai / Serkam
2. Asam Pedas Pasar Borong / Taman Kota Laksamana / Bukit Cina
3. Satay Celup Capitol

Ni lah yang dapat aku berikan. Sebenarnya banyak lagi dan tak mampu aku nak beritahu. Bak kata orang dekat Melaka ni, mana-mana pun best-best belaka.

Satu lagi, kalau nak pergi Bandar Hilir, pada hujung minggu memang tersangatlah sesak. Jadinya, kalau korang pandai, sebenarnya banyak jalan yang menuju dan menghubungkan ke Bandar Hilir. Kalau semua tidak hanya menggunakan satu jalan, ia mampu mengurangkan kesesakan jalan raya di Bandar Hilir.

So, marilah melawat Melaka kerana Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia.

PENTINGKAH INSURANS?

Entah kenapa hari ini aku buat entry pasal insurans sedangkan aku bukanlah seorang agen insurans. Pentingkah insurans pada korang semua? Pada aku, ianya penting.

Sekarang ni aku lihat insurans adalah penting, kerana ianya bukan sahaja melindungi diri kita sendiri malahan kalau kita meninggal dunia sekalipun, orang rumah dan anak-anak kita dapat mengecapi sedikit sumber kewangan dan dapat menampung hidup dalam tempoh tertentu.





Ada yang mengatakan mereka tidak cukup duit untuk membayar ansurans bulanan untuk memiliki insurans. Tapi kalau benar-benar mereka mengidapi penyakit, dimanakah duit yang perlu dicari untuk menampung kos perubatan tersebut? Kalau ada insurans kan bagus, insurans akan cover semua tu. Ni tak, sudahlah tiada simpanan, insurans pun tiada, agak-agak macamanalah nak bayar kos perubatan tu.

Kesedaran tentang pentingnya insurans haruslah diperkembangkan lagi. Nanti tiadalah lagi ada yang keluar berita memohon bantuan kewangan untuk merawat penyakit (tapi bagi yang betul-betul tidak berkemampuan dikecualikan dalam hal ini). Aku ni pun bukanlah golongan yang mampu sangat, simpanan pun sedikit saja, pasal itulah aku ambil insurans, agar apa-apa berlaku kelak dapat aku menampungnya.

Tapi jangan pula kita alpa, sekiranya ada orang yang memohon kewangan untuk merawat sesuatu penyakit janganlah kita berkata "itulah taknak ambil insurans lagi, kan dah susah.. " Tolong dan bantulah ia, kerana dunia ini memang dijadikan terdapat golongan yang di atas dan ada golongan yang berada dibawah.

PERKARA YANG DIKATAKAN YA SEMASA TEMUDUGA DAN TIDAK SELEPAS DAPAT KERJA

Kalau semasa temuduga untuk mendapatkan pekerjaan, sudah pasti kita menyatakan boleh membuat itu ini. Sebaliknya selepas mendapat kerja, kita mula lupa apa yang kita janjikan semasa ditemuduga dahulu. Antara yang kita mungkiri ialah :

1. Berpindah Lokasi

Masa temuduga - "Boleh.. Sabah, Sarawak pun saya sanggup."

Selepas mendapat kerja - "Saya dah kahwin, takkan nak duduk jauh-jauh dari suami." / "Saya tak mahu ke kawasan pedalaman."

2. Buat Kerja

Masa temuduga - "Saya berkebolehan membuat pelbagai tugas."

Selepas mendapat kerja - "Eh, itu bukan tugas saya. Saya buat tugas saya saja" (padahal dalam senarai tugas ada menyatakan "tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa")

3. Tepati Masa

Semasa temuduga - "Saya seorang yang pentingkan masa dan saya amat menepati masa."

Selepas mendapat kerja - Datang kerja lewat, ada minum pagi, makan tengahari dan minum petang. Huh, macam-macam makan ada…





4. Integriti

Semasa temuduga - "Saya seorang yang berintegriti. Saya bencikan rasuah."

Selepas mendapat kerja - "Encik, susah nak luluskan projek ni, kalau ada duit kopi senanglah sikit." / "Encik beri sebutharga, nanti saya adjustkan" / "Bro.. Nanti tolong punchkan kad aku.." / "Hello taukey, bagi resit kosong satu."

5. Bos

Semasa temuduga - "Saya seorang yang sangat meenghormati ketua."

Selepas mendapat kerja - "Kau tahu tak bos kita kan pet pot pet pot..." / "macam #*'!?* bos kita tu..."

Moral dari apa yang aku tulis ini... Eh, kita pikirlah sama-sama..