Friday, October 22, 2010

RESTORAN IKAN BAKAR SAJIAN UMMIE (PERKAMPUNGAN IKAN BAKAR TERAPUNG UMBAI MELAKA)






Tahniah Melaka kerana telah diisytiharkan sebagai negeri maju pada 20 Oktober 2010 yang lalu. Semoga negeri Melaka terus maju ke hadapan dan terus maju.

Di sini aku nak memberi cadangan kepada semua yang ingin menikmati sajian ikan bakar di Melaka bolehlah berkunjung ke kedai nombor 9 (Sajian Ummie) yang terletak di Perkampungan Ikan Bakar Terapung. Umbai, Melaka.

Masakan makanan laut di sini amat lazat dan enak sekali dan anda boleh memilih sama ada untuk menikmati ikan, udang, ketam, lala, sotong dan sebagainya dengan aneka jenis kaedah masakan seperti bakar, bakar berlada, 3 rasa dan sebagainya. Makanan laut ini dihidangkan bersekali dengan nasi lemak bungkus dengan berlapikkan daun pisang yang pastinya mengiurkan dan membuka selera.

Tuan punya kedai, saudara Nurman (013-3400664) telah menyatakan kepada saya, sekiranya pembaca blog ini ingin berkunjung ke kedainya, potongan harga 5 % akan diberikan. Sila cetak entry ini sebagai bukti untuk mendapatkan potongan harga tersebut.

Apa lagi? Jom serbu kedai nombor 9 (Sajian Ummie)




Monday, October 18, 2010

I'M NOT POM POM BOY


Sambutan Pengisytiharan Melaka Maju 2010 akan diadakan beberapa hari lagi iaitu pada 20 Oktober 2010 dan bakal dihadiri oleh YAB Datuk Seri Najib di Stadium Hang Jebat, Melaka. Dilihat pelbagai persiapan dilakukan untuk mengadakan sambutan ini dan tak lupa juga raptai pertunjukan-pertunjukan yang akan dipersembahkan kelak.

Dalam mengadakan persembahan, jabatan aku juga telah dipilih untuk melakukan persembahan. Kumpulan koir jabatan aku dan beberapa jabatan yang mempunyai kumpulan koir juga telah dijemput untuk mengadakan persembahan. Dalam hati aku ingat kami semua kena buat persembahan nyanyian koir, tapi sebaliknya kami semua dikehendaki menari sambil menggunakan pom-pom. Aduhai.. Tak tahu pula aku kena jadi macam ni. Aku datang raptai siap pakai baju kameja lagi, yang lain pakai t-shirt saja, berpeluh-peluh dibuatnya.

Erm.. Kalau nak tengok persembahan pom-pom nanti, jangan lupa tengok siaran langsung sambutan Melaka Maju 2010 pada malam 20 Oktober ini di TV3. Yang pastinya aku tak akan sertai kumpulan pom-pom ini.

Akhir kalam, I’m Not Pom-Pom Boy…




HOME MADE ICE CREAM (DO IT YOURSELF)


How to make ice cream by yourselff? Peh, speaking London lah pula. Hari ni aku nak ajar bagaimana nak buat ais krim hanya di rumah anda. Resepi ni aku dapat dalam majalah PA&MA, tapi aku sendiri tak pernah buat.. Hehe jangan marah ye..

Mula-mula kita kena sediakan 1 cawan susu berperisa (tak kiralah susu perisa strawberi, susu perisa coklat atau perisa kopi) dan 1 cawan coffee mate. Selepas itu kita campurkan susu berperisa tersebut dengan coffee mate dan kisarkan sehingga berbuih. Setelah itu masukkan ke dalam bekas dan simpan di peti sejuk (tempat ais).

Setelah campuran susu berperisa dan coffee mate tersebut beku, kita keluarkan dari bekas dan kisar semula dengan menggunakan alat pengisar. Selepas tu bolehlah ia dihidangkan dan bolehlah makan.

Nampak macam sedapkan? Lepas ni bolehlah kita sama-sama cuba resepi ini di rumah masing-masing. Pasti lazat. Yummmmmyy...