Tuesday, October 12, 2010

SEBUAH RUMAH UNTUK DIMENANGI


Kerajaan negeri Melaka memperuntukan sebuah rumah untuk dimenangi oleh sekelian rakyat tidak kira di mana berada dalam cabutan bertuah sempena pengisytiharan MELAKA MAJU 2010 yang akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.

Kerajaan negeri Melaka telah dan akan mengedarkan 1 juta poskad MELAKA MAJU 2010 di mana di bahagian bawah keratan poskad tersebut boleh diceraikan untuk anda memasuki cabutan bertuah.

Jadi, anda yang belum mempunyai rumah atau hendak menambah rumah, silalah hadir sama ke Stadium Hang Jebat pada 18-20 Oktober ini. Tuah ayam nampak di kaki, tuah anda semua siapa yang tahu.

(ps: Ilustrasi rumah di atas hanya hiasan sahaja)




BERSAMA-SAMA ELAKKAN KEMALANGAN JALAN RAYA

Dalam sekelip mata kita dikejutkan dengan kemalangan maut yang beragut belasan nyawa yang berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Simpang Empat, Melaka pada tanggal keramat 10.10.10. Tidak kiralah siapa yang bersalah, sebaliknya kita harus bermunasabah dalam diri kita sendiri untuk bersama-sama berusaha mengelak dari berlakunya kemalangan.

Memang kita sedia maklum bahawa malang itu tidak berbau. Tetapi malang itu boleh dielakkan sekiranya masyarakat bersama-sama sentiasa berhati-hati di jalanraya. Sekiranya semua pemandu sentiasa berhati-hati pastinya kemalangan dapat dikurangkan atau dapat terus dielakkan.

Dalam pemerhatian yang dijalankan, dapatlah dinyatakan bahawa kemalangan boleh dielakkan sekiranya : -

1. Pengguna jalanraya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.
2. Pengguna jalanraya tidak mementingkan diri sendiri.
3. Pengguna jalanraya sentiasa menghormati antara satu sama lain.
4. Pengguna jalanraya sentiasa memandu dengan kelajuan yang ditetapkan.
5. Pengguna jalanraya tidak saling cabar mencabar di jalan raya.
6. Pengguna jalan raya sentiasa bersabar semasa di jalan raya.
7. Pengguna jalan raya tidak berlumba di jalan raya.
8. Pengguna jalan raya tidak memandu ketika mengantuk.
9. Pemandu jalan raya kena sentiasa peka ketika memandu.
10. Pemandu jalan raya kena tanamkan sifat saling mengasihi nyawa pemandu lain.

Memang benar ada yang berkata, sedangkan kita sentiasa berhati-hati namun orang lain yang melanggar kita. Tetapi sekiranya orang tersebut juga berhati-hati masakan kemalangan boleh berlaku? Oleh itu, sama-sama berhati-hati di jalanraya.

Ada juga terdengar kata-kata yang menyatakan bahawa permukaan jalan juga penyebab kemalangan. Itu memang benar, tetapi peratusannya begitu kecil. Sikap.. Sikap manusia itu sendiri yang membawa statistik peratusan besar dalam punca berlakunya kemalangan. Oleh itu, sekali lagi ditekankan, sama-samalah kita berhati-hati dan berdisiplin di jalan raya.

Ingatan ini juga ditujukan untuk diri ini sendiri kerana ada kalanya diri ini turut alpa dan kurang bersabar semasa memandu di jalan raya.




Monday, October 11, 2010

KENALI P. RAMLEE

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (1929-1973) adalah seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemuzik dan pengubah lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

Nama sebenar : Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh
Nama pentas : P. Ramlee (bermula 1947)
Tarikh lahir : 22 Mac 1929
Tempat lahir : 4DA Counter Hall, Penang, Malaysia
Nama bapa : Teuku Nyak Puteh Teuku Karim
Nama ibu : Che Mah Hussein

P. Ramlee memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Francis Light School. Beliau juga pernah bersekolah di Penang Free School sebelum perang meletus dan juga di Japanese Navy School ketika Perang Dunia ke-2.

P. Ramlee memulakan kerjaya seninya dengan bermain ukeie dan beralih kepada gitar serta biola dengan bimbingan pemimpin Brass Band Penang Free School yang dikenali sebagai Kamaruddin.

Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada 1947. Beliau juga terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya.

P. Ramlee telah menubuhkan sebuah pancaragam bersama sahabat beliau, Mohd Yusop yang bernama Pancharagam Mustika. Beliau telah diundang menyanyi di Bukit Mertajam dan bermula dari situ beliau telah ditawarkan untuk mencuba nasib dalam lakonan oleh pengarah yang menetap di Singapura, B.S. Rahjans.

Lalu, P. Ramlee berhijrah ke Singapura dan filem pertama lakonannya adalah Chinta pada 1948. Beliau telah memegang watak sebagai penjahat dan juga sebagai penyanyi latar untuk filem itu.

Beliau meneruskan kerjaya dengan berlakon dalam 27 filem di antara 1948 dan 1955.

P. Ramlee mempunyai ramai sahabat seperjuangan, antaranya Ahmad Nesfu, seorang bangsawan. Ahmad Nesfu mula berlakon bersama P. Ramlee menerusi filem Seniman Bujang Lapok.

Aziz Satar juga merupakan sahabat sezaman P. Ramlee yang mulanya berlakon secara sambilan dan seterusnya beraksi bersama P. Ramlee menerusi filem Bujang Lapok. Turut membintangi filem itu ialah S. Shamsuddin yang mempunyai kebolehan meniru suara dan mempunyai gerak badan lincah ketika berlakon.

Antara sahabat P. Ramlee yang sezamannya ialah Jamil Sulong, Nordin Ahmad, Normadiah, Sarimah, S. Sudarmadji dan ramai lagi.

ANTARA PETIKAN DIALOG

Filem Nujum Pak Belalang

Bapak : Belalang! Kau buatkan bapak secawan kopi Belalang.
Belalang : Kopi? Kopi mana ada pak.. Dah berapa tahun kita tak minum kopi..
Bapak : Ehh.. Engkau tumbuklah arang-arang dekat dapur tu Belalang.. Kemudian engkau bancuh dengan air sejuk.. Asal hitam macam kopi jadilaahh..

Filem Labu dan Labi

Pak Aji : Mana surat khabar aku ni.. Labiii..
Labi : Ya encikk.. Kereta dah siap..
Pak Aji : Aku tak mau keretalah..
Labi : Kalau encik tak mau kereta.. Nanti saya bawakan lori..

Filem Seniman Bujang Lapok

Sudin : Wak, lain kali kalau kita orang minum kat sini janganlah minta duit.. Kira saja tak bolehkah?
Wak : Kira saja ya? Ini kedai kopi kau ingat bapak engkau pusingkan aku yer?
Sudin : Bapak Wak jangan sebut yee!! Main-main kasar.. Sekali aku cekik.. Gigi Wak mana..? Pergi bikin la..

Filem Seniman Bujang Lapok

Sudin : Makcik.. Makcik..!! Encik.. Encik ni cakap Pak Mat.. Wroooo.. Kelepok.. Kecepar.. Pon pon pon.. Berlanggar!!! Motokar..
Makcik : Pak Mat kau selalu begitu.. Naik basikal.. Tak pernah naik motokar.
Sudin : (nada geram) Pak Mat Tempe berlanggar dengan motokarrrrr!!!