Tuesday, September 21, 2010

PEMULIHARAAN SERAMIK

Seramik yang pecah


Kenal pasti sambungan & rancang bahagian yang perlu disambung dahulu


Memulakan proses melekatkan sambungan


proses melekatkan sambungan


proses melekatkan sambungan


proses melekatkan sambungan


Membuat gantian kepada bahagian-bahagian yang hilang


Sudah dibaikpulihkan

Bengkel Pemuliharaan Seramik ini telah aku duduki pada 21-22 April 2010 di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur. Banyak perkara yang aku pelajari, bukan sahaja pemuliharaan seramik, terdapat juga bengkel pemuliharaan barangan logam, mengenali tekstil dan pemuliharaan manuskrip. Best juga kalau jadi konservator, harap suatu hari nanti jabatan aku bekerja ini mewujudkan satu Bahagian Konservasi. Barulah muzium namanya...









Monday, September 20, 2010

POLIS BRUTAL

Tidak habis-habis lagi kisah kes pembunuhan Datuk Sosilawati dipaparkan di media cetak dan media elektronik pada masa kini. Namun siapa yang bersalah masih belum diketahui dengan lebih jelas lagi kerana kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Apa yang menarik perhatian masyarakat ramai sekarang ialah tentang seorang anggota polis berbangsa India. Kalau dilihat betul-betul muka dan rupa parasnya lebih brutal dari suspek. Lihat sajalah mukanya yang bengis, berambut panjang dan berbadan sasa, kalau silap pandang orang akan kata dia yang sebenarnya suspek manakala suspek ialah polis.

Satu lagi persoalan yang bermain di minda aku sekarang ialah perlukah wajah anggota polis tersebut di paparkan secara terang-terangan oleh pihak media? Adalah kemungkinan beliau merupakan anggota dari Cawangan Khas yang memerlukan identiti beliau dirahsiakan. Sekiranya tidak, tidak mengapalah.

Media seharusnya lebih peka terhadap kes-kes yang berprofil tinggi seperti ini. Mungkin gambar anggota polis tersebut juga boleh di "blur" kan dari jelas dilihat umum. Ini bukan apa, untuk keselamatan anggota terbabit juga.

Walau apapun media massa adalah diperlukan untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat namun dalam menyampaikan suatu maklumat, sensitiviti, dan kepekaan dalam satu-satu kes berprofil tinggi haruslah di sampaikan dengan berhemah dan profesional.





ASK FORMULA

Untuk mendapatkan prestasi cemerlang, para kakitangan perlulah mempunyai formula ASK iaitu: -


(SKILL + KNOWLEDGE) X ATTITUDE = GOOD PRESTATION


Skill (kebolehan) dan Knowledge (pengetahuan) adalah penting dan perlu ada pada setiap kakitangan, manakala Attitude (keperibadiaan) adalah sangat penting yang amat diperlukan pada setiap kakitangan.


Di sini, apabila dilihat dari formula di atas, Attitude merupakan perkara pokok yang amat penting. Sekiranya Skill adalah 10, Knowledge adalah 10 dan Attitude adalah 10, maka jawapannya ialah 200. Dengan mempunyai markah seperti ini seorang kakitangan dilihat mempunyai prestasi yang cemerlang.


Manakala, sekiranya Skill adalah 10, Knowledge adalah 10 dan Attitude ialah 0, maka jawapannya ialah 0. Ini menunjukan sepandai dan sebijakmanakah kita, berkebolehan tinggikah kita tetapi tidak mempunyai Attitude yang baik maka kita bukanlah tergolong dalam kakitangan yang cemerlang.


Sekiranya kita mempunyai Skill dan Knowledge yang rendah sekalipun tetapi mempunyai Attitude yang tinggi, ia tetap akan memberikan petunjuk bahawa kita mempunyai markah yang tinggi dan boleh menuju ke arah kecemerlangan.


Oleh yang demikian, kita perlulah mempunyai Attitude yang baik walaupun sedikit daripada tiada langsung (0), kerana Attitude itu akan mempengaruhi keseluruhan tahap kecemerlangan yang kita ada.


(Formula ini aku perolehi dalam satu ceramah motivasi. Ayat-ayat ini aku olah semula agar mudah difahami. Kalau tak faham juga, tak tahulah nak cakap apa)