Showing posts with label penyokong bola sepak. Show all posts
Showing posts with label penyokong bola sepak. Show all posts

Monday, February 10, 2014

BOLA OH BOLA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.



Sebiji bola dikejar seramai 22 orang pemain. Ada yang mengatakan ianya bodoh, bola sebiji dikejar beramai-ramai. Tapi itulah bola sepak. Sukan yang paling diminati oleh ramai orang seantero dunia.

Perkembangan bola sepak di Malaysia sekarang tampak meningkat dengan setiap pasukan memperkuatkan skuad masing-masing di samping kewujudan penyokong-penyokong tegar yang ramai dan ultras yang tak henti-henti menyanyi untuk memberikan semangat kepada pasukan kegemaran mereka.

Secara peribadi, aku amat suka dengan perkembangan ini dan aku juga begitu teruja untuk menonton perlawanan bola sepak Malaysia tak kira mana-mana pasukan yang bermain apabila ada perlawanan siaran langsung di kaca televisyen.

Namun, dalam masa yang sama, terdapat juga beberapa insiden yang amat mendukacitakan sama ada yang berlaku di dalam stadium, luar stadium mahupun di laman maya. 

Apalah guna sekiranya sukan bola sepak ini wujud namun terdapatnya pergaduhan, maki-memaki, provokasi dan pelbagai lagi kelakuan dan perbuatan buruk dimainkan oleh pemain-pemain dan para penyokong. Lebih mengharukan apabila perlawanan telah lama berakhirpun, namun perbuatan maki-memaki dan provokasi terus dimainkan di laman-laman sosial. 

Sudah-sudahlah tu. Kembalikan semula ketenangan dalam sukan bola sepak. Berfikirlah panjang sebelum melakukan dan menyatakan sesuatu. Kita semua mampu mengubahnya kepada yang lebih baik.

Ps : Sekadar pandangan peribadi aku sebagai penyokong Melaka United FA yang hanya bermain di Liga FAM. :)

Sumber gambar >> KLIK <<