Showing posts with label numismatik. Show all posts
Showing posts with label numismatik. Show all posts

Monday, August 3, 2015

BETUL KE TANDATANGAN AISHAH PADA DUIT KERTAS?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Asal barang jadi duit. Asal duit jadi duit. Begitulah orang kita, asal boleh mendatangkan nilai yang tinggi, habis diselongkar segala tabung dan simpanan duit-duit lama. Untuk apa? Untuk mencari duit kertas yang mempunyai tandatangan Aishah.

Duit kertas dengan tandatangan Aishah?

Siapa Aishah? Adakah beliau seorang Gabenor Bank Negara? Sebenarnya, tak pernah umur ada seorang Gabenor Bank Negara bernama Aishah. Jadi, persoalannya sekarang, adakah Aishah itu Gabenor Bank dari dunia Bunian?

Berikut adalah senarai Gabenor Bank Negara Malaysia :

1. Tan Sri William Howard Wilcock (1959 - 1962)

2. Tun Ismail Mohamed Ali (1962 - 1980)

3. Tan Sri Abdul Aziz Taha (1980 - 1985)

4. Tan Sri Jaffar Hussein (1985 - 1994)

5. Tan Sri Ahmad Mohd Don (1994 - 1998)

6. Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman (1998 - 2000)

7. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (2000 - kini)

Manakah letaknya Aishah dalam Bank Negara? Rupa-rupanya ramai yang tak tahu bahawa tandatangan yang dikatakan tandatangan Aishah itu sebenarnya tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman. 

Sekali pandang, memang nampak seperti ditulis Aishah

Memang ramai yang terkeliru dan tak ambil tahu bahawa sebenarnya tandatangan ini bukanlah tandatangan Aishah, tetapi yang sebenar-benarnya ialah tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-6 iaitu tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman.

Tapi, kenapa masih ada yang mencari-cari duit kertas tandatangan ni dan sanggup mengeluarkan nilai yang tinggi? Ada ceritanya mengapa wang kertas RM1.00 tandatangan Tan Sri Abul Hassan Sulaiman dicari, boleh baca di sini >> KLIK <<

Kenapa aku bercerita pasal duit / numismatik? Nak dijadikan cerita, sebentar tadi ada dua orang datang berjumpa nak menjual duit syiling RM 0.10 sen tahun 1973 dan 1981. 


Puas juga mencari maklumat pasal duit seposen tahun 1973 dan 1981 ni, tetapi rasanya tiada apa-apa yang menarik. Cuma yang 'menariknya' ia hitam dan nampak terlalu lama. Mungkin sudah lama tertanam di bawah tanah. 

Berbalik-balik pada 'Aishah' tadi, mungkin ramai yang berpendapat bahawa Aishah yang disebut-sebutkan adalah Permaisuri negeri Selangor (1998 - 2001) iaitu Yang Amat Mulia Permaisuri Hajah Siti Aishah binti Abdul Rahman.


Namun sebenarnya, bukanlah beliau yang menandatangani duit tersebut. 

Kesimpulannya, kalau tak tahu sila rujuk mana-mana sumber yang boleh dipercayai, banyak sumber-sumber rujukan dan pakar yang boleh dipercayai, bukannya hanya ikut sahaja apa yang orang cakap.