Showing posts with label kelucahan melampau. Show all posts
Showing posts with label kelucahan melampau. Show all posts

Friday, January 14, 2011

LAGI-LAGI CABUL, ROGOL, LIWAT

Minta maaflah kerana tajuk entry aku hari ini agak berkait rapat dengan perlakuan kelucahan melampau. Bukan mahu menceritakan tentang yang bukan-bukan, tetapi sekdar berkongsi pandangan berkenaan perlakuan yang tidak senonoh warga Malaysia yang banyak terpapar di media.

Kalau dilihat surat khabar seminggu dua ini ada saja berita-berita tentang perlakuan kelucahan melampau terpapar di dada akhbar. Yang peliknya, bukan sahaja orang dewasa yang melakukan bahkan warga emas yang dikatakan rumah kata pergi kubur kata mari juga terlibat dalam perlakuan tidak senonoh ini. Apa sudah jadi?





Lebih kasihan apabila mangsa perbuatan tidak senonoh ini turut terdiri daripada kanak-kanak malahan orang kurang upaya (OKU). Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sedemikian rupa? Lebih teruk lagi apabila anak sendiri ataupun adik beradik sendiri menjadi pemuas nafsu serakah.

Apa yang ada pada jiwa seorang pencabul, perogol dan peliwat ini? Kalau hendak dikatakan tiada isteri, ada juga dikalangan mereka sudah beristeri. Tiadakah sifat kasih sayang dan rasa belas kasihan atau rasa ragu-ragu semasa hendak melakukan aksi rakus tersebut.

Pada pandangan aku, mungkin rancangan-rancangan televisyen yang keterlaluan atau video dan gambar pornografi adalah penyebab berlakunya perlakuan seperti ini. Kehebatan perkembangan perkongsian segala maklumat tak kira baik atau buruk melalui internet juga merupakan salah satu pendorong kepada perlakuan seperti ini.

Oleh itu, pihak yang berwajib seharusnya lebih peka untuk membenteras permasalahan ini terus ke akar umbi. Pihak stesyen televisyen seharusnya menapis segala rancangannya supaya tiada rancangan berunsur seks dipaparkan dikaca televisyen. Begitu juga dengan pihak kerajaan, cuba fikirkan cara untuk menyekat segala bentuk pornografi yang terdapat di internet agar tidak dapat diakses demi untuk mengatasi masalah ini.

Satu lagi, alang-alang sudah berniat untuk melakukan kesalahan berunsur seksual, apa kata kalau pergi saja negara jiran dan langgan sahaja pelacur yang sememangnya bekerja secara profesional dalam bidang tersebut daripada memuaskan nafsu serakah kepada mereka yang tidak rela.