Showing posts with label jangan menilai seseorang dari luaran. Show all posts
Showing posts with label jangan menilai seseorang dari luaran. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

JANGAN MENILAI SESEORANG SEKADAR LUARAN

Allah menjadikan manusia di muka bumi ini dengan pelbagai rupa samaada cantik, hodoh dan begitu juga dengan warna kulit, ada yang putih, hitam, kemerahan, sawo matanglah dan pelbagai lagi. Tapi adakah dengan melihat daripada luaran sahaja, kita dapat mengetahui isi hati dan dalaman seseorang? Ternyata manusia suka menilai orang lain dengan hanya sekadar melihat di luaran sahaja. Betul tak?

Bak kata pepatah Omputeh yang mengatakan "Dont Judge The Book From It Cover" iaitu bermaksud "Jangan Menilai Buku Berdasarkan Kulitnya Sahaja". Sebaliknya kalau mahu menilai buku tersebut, kenalah kita membaca isi-isi yang terkandung dalam buku tersebut sampai habis, kemudiannya barulah kita tahu akan keseluruhan maksud yang terkandung dalam buku tersebut. Kalau kita baca kulit lain tajuknya, tak semesti kandungan dalamnya mesti sama. Tak betul tu. Contohnya, sebuah buku bertajuk "Emas", adakah ia hanya sekadar memperkatakan tentang emas atau mungkin sebaliknya ia memaksudkan tentang "Masa". Jadi, bacalah buku, jangan baca tajuk sahaja.

Begitu juga dengan manusia. Jangan tengok muka seseorang, kita sudah tahu dia siapa, apa pekerjaan dia, pandai atau bodohkah dia. Sebaliknya selami hati dia. Alaaa... Macam nak kahwinlah, takkan baru sekali terpandang terus mahu nak kahwin. Kita perlu dekati dia, tanya asal usul, tanya agama, tanya itu ini supaya kita lebih mengenali (tetapi hendaklah mengikut tatacara yang diperuntukan dalam Islam). Setelah sudah saling mengenali barulah boleh merisik, bertunang dan kemudiannya kahwin.

Bagi dalam bidang pekerjaan pula, jangan sangka orang yang kusut masai itu orang yang tidak terurus atau tidak berjaya sebaliknya mungkin mereka ini adalah profesor. Tak percaya? tengok sajalah profesor-profesor baik di Malaysia mahupun di negara luar sana, kebanyakkan rambut mereka nampak seperti tidak terurus. Sebaliknya itu mungkin "trade mark" mereka. Begitu juga dengan artis (pelukis-pelukis) dan juga para pemuisi. Mereka lebih gemar berimej sedemikian rupa. Jangan kita anggap pelik. Ia juga mungkin salah satu seni bagi mereka.

Kalau orang yang nampak tak "educated" dan kekampungan pula, janganlah kita anggap mereka bukan golongan orang yang berjaya. Sebaliknya orang-orang yang rupa sedemikianlah yang ramai menjadi pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan CEO syarikat-syarikat besar. Tak percaya, cubalah "check". Orang seperti ini lebih bagus daripada orang yang muka suci bersih tapi tak tau apa-apa.

Kalau kita perasan Orang Asli pula, jangan kita menilai mereka sebagai orang yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sebaliknya sudah ramai sekarang Orang Asli yang berjaya. Ada yang kaya raya lagi. Tak percaya? Pergilah ke Muzium Orang Asli, Melaka, boleh baca beberapa maklumat tentang Orang Asli yang berjaya.

Kesimpulannya, kalau melihat seseorang, janganlah terus menilai orang itu dari luarannya sahaja. Kalau baru kenal tu, jangan ada apa-apa penilaian terhadap orang itu. Dekati dan selami dahulu isi hati mereka untuk mengetahui apa yang kita ingin ketahui.